awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga rugi lebih RM277,000 akibat pelaburan tidak wujud
Eksesais Perisai Bandar 2026 perkukuh keselamatan, ketenteraman awam - Aminuddin
Threads uji ciri pelekat beranimasi dalam siaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu realistik harungi landskap ekonomi global semasa - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
01/10/2025
21:20 MYT
Malaysia perlu realistik harungi landskap ekonomi global semasa - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, Malaysia mesti terus berhubung dengan kedua-dua kuasa itu sambil mengekalkan prinsip multilateralisme dan pemusatan ASEAN. - Gambar fail Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu realistik dalam mengharungi landskap ekonomi global semasa memandangkan kedudukannya sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka selain memiliki hubungan kukuh dengan Amerika Syarikat (AS) dan China.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, nisbah perdagangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia melebihi 200 peratus dengan China sebagai rakan dagang terbesar negara manakala AS sebagai pasaran eksport terbesar.
"AS juga merupakan pelabur terbesar di Malaysia dalam tempoh lima tahun lepas diikuti China. Kedua-dua ekonomi ini merangkumi 45 peratus daripada KDNK dunia dan anda tidak boleh mengabaikan kedua-duanya," katanya dalam satu klip yang dikongsi di X pada Rabu.
Tengku Zafrul menekankan, Malaysia mesti terus berhubung dengan kedua-dua kuasa berkenaan sambil mengekalkan prinsip multilateralisme dan pemusatan ASEAN.
Beliau berkata, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia baru-baru ini menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN bersama rakan dialog utama termasuk AS, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand.
"Malaysia percaya kepada pendekatan yang melibatkan semua pihak, namun setiap keputusan mesti berlandaskan prinsip kita sendiri.
"Konsistensi dalam dasar perdagangan, pelaburan dan hubungan luar memudahkan rakan-rakan kita memahami pendirian Malaysia," kata Tengku Zafrul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuasa besar
#Malaysia
#perdagangan
#Hubungan politik
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan