KUALA LUMPUR:Bekas Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak hari ini mencadangkan supaya membuat penyusunan semula kontrak sosial baharu bagi memastikan masa depan yang lebih baik dari aspek ekonomi, politik dan sosial.
Memetik laporan portal Free Malaysia Today, Nazir Razak memaklumkan bahawa perlu ada kajian semula mengenai ‘kontrak sosial yang tersirat’, sambil menambah ia dilihat berlaku dalam semua perkara di negara ini.
Beliau juga mengulangi seruannya untuk penubuhan Majlis Perundingan Nasional (NCC) bagi menyatukan pemimpin mengikut bidang masing-masing untuk melakar jalan baru buat Malaysia.
"Kita sebenarnya perlu kembali ke meja dan berunding antara sesama masyarakat. Ajak pemimpin untuk mengadakan meja rundingan dan bersetuju dengan penubuhan kontrak sosial baru.
"Apa yang dikatakan di NCC pada tahun 1970-an tidak direkodkan. Mereka hanya diberitahu mengenai apa yang mereka mahukan dan ketika itu juga ada perbincangan yang kuat.
“Tun Razak dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman hanya duduk dan mendengar. Kemudian mereka membuat Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang inovatif pada masa itu,” jelas putra bongsu kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu.
Beliau berkata demikian sewaktu sesi webinar yang dihoskan oleh Institut Asia-Eropah Universiti Malaya pada Rabu.
BACA: Ke arah Malaysia yang lebih baik - Nazir Razak
Dalam pada itu, Nazir menjelaskan adalah sukar untuk mengatasi perpaduan sosial tanpa sebarang kerjasama kerana ia berkaitan dengan politik dan ekonomi.
Tidak membuat penetapan sistem yang baharu akan mendorong kepada membawa masalah lama yang sama, katanya sambil mengulaskan bagaimana parti Pakatan Harapan juga dilanda masalah yang sama walaupun pada awalnya sikapnya lebih sederhana.
“Pada dasarnya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berusaha untuk bersaing dengan UMNO dan Pas (untuk peroleh undi orang Melayu), menyebabkan ketidaktentuan dengan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan lain-lain. Itulah sebabnya kita perlu memperbaiki sistem.
“Malaysia dilihat seperti sedang mencatatkan rekod yang tidak baik. Tidak kira seberapa baik pelakonnya, mereka masih dengan agenda tersendiri. Jadi, kita perlu mengubah skrip,” tambahnya.
Astro Awani
Wed Jan 20 2021

Nazir Razak memaklumkan bahawa perlu ada kajian semula mengenai kontrak sosial yang tersirat, yang turut menambah ia dilihat berlaku dalam semua perkara di negara ini. - Astro AWANI

Rentas daerah: Kegiatan ekonomi di pekan Rantau Panjang kembali rancak
Hampir 95 peratus kedai dan gerai telah dibuka selain kenderaan yang keluar dan masuk juga semakin bertambah.

Lembu KK Elit lebih besar, hasil formulasi makanan ternakan MARDI
Penyelidikan MARDI bagi formulasi makanan ternakan mengikut pengeluaran bagi lembu jenis Kedah Kelantan Elit (KK Elit) itu diusahakan secara berterusan sejak 12 tahun lalu.

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Dua remaja dimasukkan ke hospital Labuan selepas disengat obor-obor
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi.

Retrospektif #MH370
Retrospektif MH370: Galeri photo mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku berikutan nahas MH370 pada 8 Mac 2014

Kawasan tangki minyak di Syria musnah diserang peluru berpandu
Menurut laporan, serangan yang dibuat itu adalah dengan menggunakan peluru berpandu balistik

Politik | Tiada krisis dalaman dalam UMNO
Tiada sebarang krisis dalam UMNO, kata Datuk Seri Mahadzir Khalid. Naib Presiden UMNO itu berkata, berhubung isu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ia bukannya satu krisis apabila apa yang berlaku ialah hanya pemimpin memberi pandangan masing-masing.

Wanita Tulang Belakang Keluarga, Komuniti dan Negara
Wanita mempunyai peranan yang cukup besar di peringkat keluarga sehingga ke antarabangsa. Sehubungan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyeru semua pihak agar bangkit menyokong peluang kesaksamaan wanita.

Politik | MIC sokong gubal undang-undang anti lompat parti
MIC menyokong penuh pendapat beberapa pemimpin parti yang mencadangkan supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti di negara ini. Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran sifatkan perbuatan lompat parti itu sebagai budaya tidak sihat dan pengkhianatan kepada parti serta pengundi.

Nazir Razak dilantik pengerusi baharu PLS Plantations
Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak akan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 10 Februari, 2021.

Nazir Razak sifatkan penulisan Tommy 'sangkaan semata-mata'
Tommy ada mengaitkan insiden 13 Mei dengan bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, dalam penulisan memoirnya.

Susun semula sistem negara - Nazir
Nazir menambah, matlamat segera projek yang dilaksanakan untuk mendapatkan sokongan penubuhan platform musyawarah lain seperti NCC.

Malaysia perlukan satu 'system reset'
Sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin kita, termasuk mereka yang mempunyai niat terbaik, terpesong kerana raksasa berkepala tiga: politik wang, politik identiti dan penumpuan kuasa.

Malaysia perlu ubah 'skrip', kata Nazir Razak
Sukar untuk mengatasi perpaduan sosial tanpa sebarang kerjasama kerana ia berkaitan dengan politik dan ekonomi, jelas Nazir Razak.

'Kasih sayangnya tidak terhingga.. saya pasti akan merinduinya' - Nazir Razak
Apabila anda mengenalinya, anda secara naluri pasti ingin menyenangkannya walaupun beliau tidak pernah meminta

Pemimpin zahir takziah di laman sosial pemergian Tun Rahah
Pemergian Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tun Mohamed Noh cukup dirasai. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daplam pautan di laman Facebooknya menzahir ucapan takziah kepad

Doa Najib buat ibu tersayang
Dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook, bekas perdana menteri itu berharap agar ibunya diberi kesembuhan.

Muhyiddin ziarah Tun Rahah, berdoa agar diberi kesembuhan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menziarahi Tun Rahah Mohammad Noah di ibu negara pada Khamis.

Ke arah Malaysia yang lebih baik - Nazir Razak
Seringkali saya ditanya tentang ekonomi Malaysia, saya secara sinis sering mengatakan bahawa kita tidak punyai ekonomi, yang kita miliki cuma ekonomi politik.