awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2023
01:54 MYT
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mewujudkan akta anti buli bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Wan Azliana Wan Adnan, sehingga kini tiada undang-undang khusus terpakai bagi kes buli di sekolah.
Beliau berkata, kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti ASWA, peningkatan mendadak kes buli pada 2023 adalah cerminan atau petanda kecemasan.
"Memang ada kelompongan sangat besar, Malaysia merupakan sebuah negara membangun tapi tidak mempunyai akta anti buli, malah negara jiran seperti di Filipina juga sudah ada.
"Jadi di Malaysia tidak ada definisi khusus tentang definisi buli. Adakah buli patut dilakukan berkali-kali? Apakah perbuatan buli?
"Sekarang apabila pembuli didakwa di mahkamah, hanya ada satu sahaja undang-undang berkaitan iaitu kanun keseksaan, kita perlu satu akta khusus, sama ada dera fizikal atau dera mental," katanya.
Kata beliau, sejumlah 4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023.
Justeru, tegas Wan Azliana, kes ini perlu mendapatkan perhatian segera terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas normalisasi buli di sekolah dengan pendekatan lebih serius dan proaktif.
"Kita masih melihat buli sebagai satu masalah disiplin bukan jenayah berat. Kita menyambut baik apabila Menteri Pendidikan ingin menoktahkan tiga 'dosa besar' kememnterian iaitu buli, gangguan seksual, dan isu perkauman. Maka, kita mahu kementerian dan pengurusan sekolah mengambil serius isu buli ketika ini," jelasnya lagi.
Beliau yang juga Ketua Gerakan Penggubalan Akta Anti Buli memberi pandangan itu dalam program AWANI PAGI yang membincangkan topik usaha-usaha menoktahkan buli di sekolah.
Topic Berkaitan
#buli
#dera
#Kementerian Pendidikan
#Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan