awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM

Azib Zikry
Azib Zikry
04/06/2024
03:20 MYT
Malaysia perlukan reformasi sistem persaraan - PM
Anwar ketika berucap di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024 di Kuala Lumpur. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan reformasi sistem persaraan sebelum mencapai status negara menua pada tahun 2030.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara sedang menuju penuaan yang mendadak mengatasi negara yang mempunyai kekayaan, infrastruktur dan dasar yang lebih maju untuk menghadapi fenomena ini.
"Sudah tiba masanya untuk Malaysia menerima pembaharuan yang serius dalam pencennya dan rangka kerja persaraan untuk meningkatkan liputan, kecukupan dan kemampanannya.
"Kita akan memperluas perlindungan KWSP secara berperingkat supaya lebih ramai penduduk umur bekerja akan menjadi sebahagian daripada ekosistem KWSP," menurutnya.
Tambahnya, ia juga akan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengumpul simpanan persaraan yang mencukupi untuk hari tua mereka.
Menurut Anwar, dapatan terbaharu menunjukkan hanya 29 peratus rakyat Malaysia mempunyai pencen atau pendapatan seperti pencen semasa bersara.
Tambahnya, data dari KWSP juga menunjukkan bahawa satu daripada empat ahli 'kehausan' simpanan hanya dalam tempoh lima tahun selepas mencapai umur pengeluaran.
Menurutnya, ini sekaligus menunjukkan rakyat Malaysia tidak dapat mengekalkan kehidupan yang munasabah sewaktu mencapai umur persaraan atau untuk menguruskan risiko umur panjang.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024 di Kuala Lumpur.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#KWSP
#Kuala Lumpur
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan