awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masyarakat diharap terus hargai karya, sumbangan P. Ramlee - PM Anwar
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia peroleh RM1.4 bilion, selesai tuntutan 1MDB dengan JPMorganChase

Seth Akmal
Seth Akmal
22/08/2025
13:17 MYT
Malaysia peroleh RM1.4 bilion, selesai tuntutan 1MDB dengan JPMorganChase
Kerajaan menyifatkan langkah tersebut sebagai satu lagi pencapaian penting dalam usaha pemulihan aset yang berkaitan dengan skandal kewangan 1MDB. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia dan JPMorganChase mencapai penyelesaian berhubung semua perkara berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sekali gus menamatkan pertikaian undang-undang yang berlarutan selama beberapa tahun.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penyelesaian itu merangkumi semua tuntutan sedia ada dan potensi tuntutan akan datang berkaitan 1MDB terhadap syarikat kewangan berkenaan.
Di bawah perjanjian itu, JPMorganChase bersetuju untuk menyumbang RM1.4 bilion (AS$330 juta) ke dalam Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset.
“Kerajaan Malaysia dan JPMorganChase dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan semua perkara yang berkaitan dengan 1MDB,” katanya melalui kenyataan media yang disiarkan pada hari ini.
Bagaimanapun, syarikat tersebut mengesahkan penyelesaian itu dibuat tanpa sebarang pengakuan liabiliti.
Kementerian Kewangan berkata, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menarik balik semua rayuan yang masih tergantung berhubung saman yang sebelum ini difailkan 1MDB terhadap J.P. Morgan (Switzerland) Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Perjanjian penyelesaian ini menamatkan semua isu sejarah dan sebarang kemungkinan litigasi masa depan antara Kerajaan Malaysia, 1MDB dan JPMorganChase,” menurut kenyataan itu.
Kerajaan menyifatkan langkah tersebut sebagai satu lagi pencapaian penting dalam usaha pemulihan aset yang berkaitan dengan skandal kewangan 1MDB.
Topic Berkaitan
#1MDB
#AS
#Kementerian Kewangan
#Malaysia
#JPMorganChase
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan