ISTANBUL: Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Turkiye, berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.
Menurutnya, selain memperkukuh hubungan dua hala dengan Turkiye, beliau akan turut memanfaatkan peluang untuk menarik lebih banyak pelaburan dari negara itu selain mendapatkan sumber makanan seperti tepung gandum.
Pengeluaran gandum tahunan Turkiye mencecah hampir 20 juta tan dan republik tersebut merupakan pengeksport bersih komoditi tersebut.
"Satu pertiga daripada pengeluaran gandum dunia adalah dari Ukraine dan Russia. Namun, konflik perang antara kedua-dua negara itu selain keputusan India mengurangkan eksport gandum, telah memberi tekanan hebat ke atas bekalan makanan itu...Bagaimanapun, kerajaan Malaysia terus memberi subsidi bagi mengurangkan beban rakyat," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian pada majlis makan tengah hari bersama Keluarga Malaysia yang menetap atau menyambung pengajian di negara itu, termasuk beberapa penuntut yang melakukan perjalanan bas selama 23 jam dari Armenia untuk menemui perdana menteri.
Selepas majlis itu yang dihadiri oleh kira-kira 250 orang, perdana menteri mengadakan pertemuan berasingan dengan wakil daripada sembilan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan firma Turkiye.
Ini termasuk OYAK, Majlis Penyelidikan Saintifik dan Teknologi Turkiye (TUBITAK), Dana Kekayaan Turkiye (TWF), GAMA Enerji A.S (GEAS), Tuyar, EMS MOBIL, FNSS, Istanbul Shipyard dan HAVELSAN.
Pada mesyuarat perniagaan terbabit, Ismail Sabri yang mengunjungi negara itu bagi memenuhi jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan, telah diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
Sesi tersebut turut disertai oleh pihak serta syarikat dari Malaysia termasuk Khazanah Nasional Bhd (KNB), Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Boustead Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan SilTerra.
Menurut pegawai kerajaan Malaysia, antara agenda utama dalam mesyuarat itu menyentuh aspek bekalan makanan yang melibatkan Boustead Holdings dan OYAK, dana persaraan pertama dan terbesar Turkiye.
OYAK mempunyai tiga bidang pelaburan utama iaitu kewangan, ekuiti dan hartanah.
Menerusi pemilikan dalam lebih daripada 310 unit perniagaan dan 110 kilang yang beroperasi di enam benua, OYAK bertapak kukuh dalam sektor-sektor utama termasuk perlombongan dan metalurgi, simen konkrit, kertas, automotif, logistik, kewangan, bahan kimia, makanan, pertanian, tenaga serta perkhidmatan.
Pada 28 Mac lepas, Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memberi amaran bahawa peperangan di Ukraine akan mencetuskan krisis pertanian yang belum pernah berlaku sejak Perang Dunia Kedua.
Ukraine dan Russia menghasilkan 30 peratus daripada bekalan gandum serta 20 peratus jagung di peringkat dunia.
Pada 2020, Malaysia mengimport gandum bernilai RM1.46 bilion dan menjadi pengimport ke-38 terbesar dunia bagi komoditi itu dan bahan makanan itu juga merupakan produk ke-109 paling banyak diimport oleh negara itu.
Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia manakala selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022
Ismail Sabri yang tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Turkiye, berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
SC digesa perluaskan platform GROWMatch ke semua sektor - Gobind
Kementerian Digital menggesa SC untuk memperluaskan platform padanan GROWMatch kepada semua industri bagi menangani jurang pembiayaan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
KPKM mahu generasi muda ceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden
Penglibatan belia sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan negara.
Sektor perikanan Malaysia rekod 1.3 juta tan metrik pengeluaran setakat Julai
Jumlah itu merangkumi subsektor perikanan tangkapan, akuakultur dan perikanan darat di seluruh negara.
MARDI anjur Persidangan RAC2 bermula 11 hingga13 Jun
Persidangan tersebut antaranya akan menumpukan membincangkan berhubung kepentingan sekuriti makanan.
UPM anjur Karnival Keterjaminan Makanan hari ini
Ia antara usaha UPM bagi merealisasikan agenda pertanian dan sekuriti makanan negara sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menangani isu ini.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Mohamad Sabu, Abang Johari bincang kerjasama sekuriti makanan negara
Mohamad Sabu dalam hantaran di Facebook berkata antara isu yang diberikan penekanan ialah perkara berkaitan pengairan untuk pertanian.
LKIM peruntuk lebih RM200 juta bina dan baik pulih rumah nelayan
LKIM memperuntukkan RM228.2 juta bagi membina dan membaik pulih rumah nelayan di seluruh negara menerusi PKPN sejak 2013 hingga September tahun ini.
Perubahan iklim dan pengasidan laut pembunuh senyap industri perikanan negara
Penurunan secara konsisten dari tahun ke tahun sepanjang tempoh 2020-2022 secara langsung mencerminkan ancaman ke atas sekuriti makanan negara.
Isu kos sara hidup antara fokus Belanjawan Johor 2024 - MB
Isu kos sara hidup merupakan antara perkara fokus yang bakal disentuh pada Belanjawan Johor 2024, yang bakal dibentang pada 23 Nov depan.