awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia puji tindakan pantas AHA Centre tangani kesan gempa bumi di Myanmar

Bernama
Bernama
21/04/2025
21:15 MYT
Malaysia puji tindakan pantas AHA Centre tangani kesan gempa bumi di Myanmar
Penyelarasan yang pantas dan cekap tersebut jelas membuktikan peranan penting AHA Centre dalam rangka kerja tindak balas bencana kolektif ASEAN. - Gambar fail Reuters
JAKARTA: Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, pada Isnin memuji tindakan pantas Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan (AHA Centre) dalam menangani kesan gempa bumi yang melanda Myanmar pada hujung bulan lepas.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia turut menyambut baik pengaktifan mekanisme tindak balas di bawah Prosedur Operasi Standard bagi Pengaturan Siap Sedia Serantau dan Penyelarasan Bantuan Bencana Bersama dan Tindak Balas Kecemasan (SASOP) bagi memudahkan pergerakan aset serta sokongan serantau untuk bantuan kemanusiaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata, penyelarasan yang pantas dan cekap tersebut jelas membuktikan peranan penting AHA Centre dalam rangka kerja tindak balas bencana kolektif ASEAN.
"Perpaduan serantau yang ditunjukkan oleh semua negara anggota ASEAN melalui penempatan pasukan mencari dan menyelamat, bantuan kemanusiaan serta bekalan penting jelas membuktikan semangat ASEAN yang kuat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berkunjung ke ibu pejabat Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia dan AHA Centre, di sini.
Gempa bumi bermagnitud 7.9 itu yang melanda Myanmar pada 28 Mac lepas telah meragut 3,726 nyawa dan mencederakan 5,105 orang manakala 129 lagi masih hilang setakat 18 April.
Gegaran turut dirasai negara berhampiran termasuk Thailand.
Ahmad Zahid turut menegaskan kepentingan menegakkan prinsip One ASEAN, One Response sebagai komitmen yang melampaui retorik dan ia dizahirkan dalam tindakan bersama sebagai gabungan negara ASEAN dalam mendepani bencana.
Mengulas mengenai lawatan berkenaan, beliau menzahirkan rasa kagum dengan kesiapsiagaan BNPB dan percaya banyak perkara yang boleh dipelajari oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menyelaras gerak kerja pengurusan kecemasan.
"Walaupun kita hanya ada satu (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) SMART Team yang akan menangani semua jenis bencana tetapi BNPP mempunyai SMART Team di semua sektor seperti kebakaran, banjir, gempa bumi, letusan gunung berapi dan kemalangan di laut," katanya.
Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan rasmi ke Indonesia selama tiga hari yang berakhir hari ini (Selasa, 22 April).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AHA Centre
#gempa bumi
#pengurusan bencana
#Myanmar
#ASEAN
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan