awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia #QuranHour buka jemputan kepada bukan Islam 30 Ogos ini - CEO WUIF

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
22/08/2023
13:48 MYT
Malaysia #QuranHour buka jemputan kepada bukan Islam 30 Ogos ini - CEO WUIF
Marhaini berkata Malaysia #QuranHour kali ini memberi tumpuan kepada merubah minda kufur kepada syukur dan memberi penekanan kepada golongan muda. - Foto quranhour.org
KUALA LUMPUR: Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini membawa kelainan dengan penyertaan dibuka kepada masyarakat bukan Islam untuk turut serta.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, keputusan tersebut dibuat bagi menyampaikan mesej al-Quran secara lebih meluas.
"Kali ini juga lebih istimewa kerana kita ingin mengajak sahabat-sahabat kita yang bukan Islam untuk menjadi tetamu kita dengan tempat yang akan dikhaskan. Ini kerana, dalam al-Quran ada ayat-ayat yang secara khusus Allah SWT bercakap dengan seluruh manusia.
"Maka, untuk membangunkan Malaysia, cukup-cukuplah kita bersengketa seperti apa yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri. Kita harap saat ini ialah masa untuk kita bina kembali negara yang kita cintai dan semua dapat bersama berkumpul di Masjid Tuanku Mizan bersama-sama," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Malaysia #QuranHour buka jemputan kepada bukan Islam 30 Ogos ini - CEO WUIF
Jelasnya, Malaysia #QuranHour kali ini memberi tumpuan kepada mengubah minda kufur kepada syukur dan memberi penekanan kepada golongan muda.
Tema yang diketengahkan ialah “Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” dicetuskan daripada pepatah Arab, “Pemuda hari ini, pemimpin hari esok”mengenai pembinaan pemuda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan Malaysia #QuranHour kali ke 9, bertemakan “Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar” sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr di lokasi perdana, Majid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada pukul 12 hingga 1 tengah hari, pada 30 Ogos 2023.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Hari Kebangsaan
#Malaysia QuranHour
#mesej al-quran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan