KUALA LUMPUR:Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 490 kes atau 43.6 peratus, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, dalam kategori negeri, Sabah melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 391 kes atau 34.8 peratus dan diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 265 kes atau 23.6 peratus.

Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Dr Noor Hisham.

1) 1,123 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 71,359 kes.

2) 1,143 kes pulih sepenuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih sebanyak 60,204 kes.

3) Empat kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kes kematian 380 kes.

4) 130 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di ICU, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5) Empat lagi kluster baharu direkodkan.