awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Semua atlet street skateboarding negara ke final

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
13/12/2025
04:30 MYT
Sukan SEA: Semua atlet street skateboarding negara ke final
Mahathir Nor Daniel dari Kulai, Johor mempamerkan aksi yang baik dalam pusingan awal street lelaki di Bangkok. - Foto Malaysia Skate Federation.
BANGKOK: Kesemua atlet papan selaju kebangsaan kategori street lelaki dan wanita mengesahkan tempat ke final selepas menamatkan pusingan awal yang berlangsung di Kompleks Sukan Ekstrem Hua Mark, di sini.
Dalam kategori street lelaki, Mahathir Nor Daniel, 16, melakukan run yang kemas untuk menduduki tempat ketujuh, manakala Mer Nullah ‘Momo’ Khan, 15, menamatkan saingan di tempat kelapan.
Sementara itu, bagi kategori street wanita, Adelia Haziqah Amirul Hisyam, 12, menduduki tempat keenam, diikuti Alya Zahra, 15, di tempat ketujuh.
Saingan street wanita dikuasai wakil tuan rumah, Chunkao Udomphen, yang mencatatkan 71.25 mata, diikuti Wayan Malana Fairbrother dari Indonesia (47.06 mata) dan seorang lagi atlet Thailand, Vareeraya Sukasem (44.01 mata), masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Bagi kategori street lelaki, Basral Graito Hutomo dari Indonesia muncul pendahulu dengan 75.31 mata, diikuti dua atlet Thailand, Kirin Petkiree (72.60 mata) dan Thawatchai Siangoueng (64.13 mata), di tempat kedua dan ketiga.
Final acara street dijadual berlangsung pada Ahad, bermula jam 5 petang waktu Thailand, manakala final acara park akan diadakan pada Sabtu, juga bermula jam 5 petang.
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Papan Selaju
#skateboarding
#Bangkok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan