awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia rekod dua kes pertama cacar monyet - KKM

Sinar Harian
Sinar Harian
25/08/2023
06:38 MYT
Malaysia rekod dua kes pertama cacar monyet - KKM
Kes pertama melibatkan seorang warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini sejak April 2022. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua kes pertama berkaitan cacar monyet (mpox) di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kes pertama melibatkan seorang warga asing yang tinggal dan bekerja di negara ini sejak April 2022.
"Lelaki itu mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang melaporkan kes cacar monyet pada 6 Julai lalu sebelum kembali semula ke Malaysia empat hari kemudian," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, pesakit mula bergejala pada 19 Julai dan lepuh mula muncul pada 23 Julai sebelum dibebaskan daripada isolasi pada 10 Ogos.
"Dia disyaki mendapat jangkitan semasa berada di luar negara iaitu negara yang melaporkan kes cacar monyet," ujar beliau.
Dr Muhammad Radzi berkata, kes kedua pula membabitkan seorang lelaki tempatan yang merupakan kontak rapat kepada kes pertama.
"Pesakit mengalami gejala semasa dalam kuarantin kerana merupakan kontak dan disahkan positif pada 29 Julai," katanya.
Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi meminta pengamal perubatan untuk peka terhadap individu dengan gejala lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.
"Sejarah risiko kontak rapat dengan individu bergejala jangkitan cacar monyet perlu didapatkan.
"Bagi kes yang disyaki, swab lepuh, swab oral dan sampel darah atau serum boleh dihantar ke makmal yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan virus mpox," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#Malaysia
#Kes Pertama
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan