awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR kanak-kanak lemas di Pantai Batu Rakit diteruskan - Bomba
[TERKINI] Fisioterapi tanpa pembedahan pilihan terbaik Tun Mahathir, pemulihan dijangka ambil masa lama
Tiada lambakan durian di Perak, permintaan sentiasa tinggi - FAMA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global

Bernama
Bernama
19/02/2024
05:55 MYT
Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global
Chin Tong berkata, sasaran itu sejajar dengan peranan penting sektor aeroangkasa dalam memajukan empat misi utama digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia menerusi kewujudannya yang diyakini dalam aspek pembuatan bahan penerbangan, bahagian pesawat dan komponen, turut menyasarkan untuk memainkan peranan lebih penting dalam rantaian bekalan global.
Ketika berkongsi harapan itu, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata ini juga sejajar dengan peranan penting sektor aeroangkasa dalam memajukan empat misi utama digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Misi itu merangkumi elemen meningkatkan kerumitan ekonomi, menyuntik teknologi kepada ekonomi yang bertenaga secara digital, lonjakan bagi mencapai sasaran sifar bersih dan menjamin keselamatan dan keterangkuman ekonomi.
"Pelaksanaan NIMP 2030 akan mentransformasi Malaysia kepada hab global bagi pembuatan aeroangkasa dan perkhidmatan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Forum Penerbangan Malaysia-China 2024 di sini, hari ini.
Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 juga menyasarkan untuk muncul sebagai negara peneraju utama aeroangkasa di Asia Tenggara dan menjadi sebahagian penting daripada pasaran global menjelang 2030 dengan perolehan hasil tahunan dijangka mencecah RM55.2 bilion selain mewujudkan lebih 32,000 pekerjaan yang berpendapatan tinggi.
Usaha itu meliputi lima subsektor utama industri aeroangkasa iaitu penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO); pembuatan aero, integrasi sistem, perkhidmatan kejuruteraan, reka bentuk selain pendidikan dan latihan.
Dalam pada itu, forum berkenaan menggariskan kerjasama yang menyatukan aspek kepakaran China serta aspirasi Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan industri aeroangkasa global.
Forum anjuran Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Aeronautik dan Astronautik China, Persatuan Antarabangsa bagi Penerbangan Hijau, Volar Air Mobility dan disokong oleh Galleon (Shanghai) Consulting, Persatuan Kecerdasan dan Robotik Autonomi Malaysia, Perbadanan Produktiviti Malaysia dan dikuasakan oleh Tahira Group.
"Kerjasama antara Malaysia dan China bagi menjayakan forum ini boleh dianggap sebagai sebahagian daripada usaha bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
"Saya berharap forum ini akan berkembang sebagai satu platform yang memupuk peluang komersial, menjalin pakatan baharu dan meneroka sempadan baharu dalam industri aeroangkasa, terutama penerbangan hijau atau mesra alam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#industri penerbangan
#Liew Chin Tong
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan