awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia hulur bantuan teknikal ke negara Komanwel - Zambry

Bernama
Bernama
16/03/2023
03:42 MYT
Malaysia sedia hulur bantuan teknikal ke negara Komanwel - Zambry
Malaysia sedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang memerlukan, kata Zambry. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia sedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang memerlukan, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Zambry berkata demikian ketika menyertai Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) di Marlborough House, London.
"Saya telah menekankan bahawa adalah tidak wajar bagi pendekatan 'one size fits all' digunakan dalam menggalakkan negara-negara menerima pakai prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia.
"Malaysia juga bersedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang memerlukan," kata Zambry menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar pada Khamis.
Mesyuarat itu turut membincangkan isu-isu berkepentingan bersama, situasi pelbagai negara-negara anggota Komanwel dan status permohonan kemasukan semula Zimbabwe sebagai anggota Komanwel.
CMAG telah ditubuhkan pada 1995 selaku penjaga nilai-nilai asas politik Komanwel. Keahlian CMAG pada ketika ini terdiri daripada Barbados, Belize, Kanada, Ghana, Malaysia, Malta, Mauritus, Rwanda dan Samoa.
Malaysia telah dilantik sebagai ahli CMAG pada tahun 2018.
Zambry berada di Longon mengetuai delegasi Malaysia untuk menyertai tiga acara penting Komanwel di London, United Kingdom bermula Isnin (13 Mac) lalu hingga Rabu (15 Mac).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#negara Komanwel
#Zambry Abd Kadir
#London
#bantuan teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan