KUALA LUMPUR: Malaysia menyeru kepada semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Dr. Ahmad Faisal Muhamad berkata:" Malaysia amat bimbang dengan meningkatnya ketegangan di Asia Barat. Kami menyeru semua pihak supaya menghentikan semua tindakan yang provokatif dan bersikap permusuhan.
Semasa menyampaikan kenyataan Malaysia dalam Debat Terbuka mengenai keadaan di Timur Tengah, termasuk Persoalan Mengenai Palestin di New York pada Khamis (25 April), Ahmad Faisal mengetengahkan kesan ketara serangan Israel yang berterusan selama 200 hari yang membawa kepada akibat malapetaka kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Sebagai contoh, kami rasa amat terkejut dengan kemusnahan Hospital Nasser dan Al Shifa dan penemuan kubur besar di perkarangan hospital berkenaan.
Kami minta siasatan antarabangsa yang bebas, menyeluruh dan telus," katanya.
Malaysia juga mengkritik Israel kerana tidak mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB, terutamanya Resolusi 2728 (2024) yang meminta Israel supaya segera menghentikan serangannya ke atas Gaza dan menarik balik sekatan terhadap bantuan antarabangsa.
Ahmad Faisal juga mengecam rancangan operasi tentera Israel di Rafah dan memberi amaran akibat buruk jika serangan itu diteruskan.
Beliau juga menyuarakan rayuan kepada Majlis Keselamatan dengan berkata: "Kebebasan daripada hukuman yang sekian lama dinikmati Israel telah menyebabkan ia berani untuk bertindak dengan melulu. Ini perlu dihentikan."
"Majlis ini mesti bertindak dengan tegas untuk menguatkuasakan pematuhan di pihak Israel kerana akibatnya boleh menjadi sangat berbahaya, bukan hanya kepada rantau ini tetapi juga dunia," katanya.
Wakil Malaysia itu juga menggariskan langkah tertentu untuk mengendurkan situasi tegang berkenaan, termasuk satu gencatan senjata yang berterusan dan berkekalan serta penghantaran bantuan kemanusiaan.
Sokongan kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) juga antara inti pati yang Ahmad Faisal gambarkan peranan UNRWA sebagai " tiada galang gantinya dan amat diperlukan."
"Fungsi UNWRA sebagai agensi pembangunan insan utama untuk pelarian Palestin perlu diteruskan dan disokong.
Malaysia mengalu-alukan laporan akhir Kumpulan Semakan Semula Bebas yang memaklumi terdapat prosedur dan mekanisme yang meluas sedia ada dalam UNRWA, bagi memastikan ia neutral.
Kami juga mengalu-alukan komitmen UNRWA untuk melaksanakan syor yang diberikan mengikut kemampuan terbaik mereka. Sumber yang mencukupi perlu diagihkan kepada UNRWA ke arah usaha ini, " katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Malaysia menyeru kepada semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat. - Gambar fail REUTERS
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
Tentera Israel arah penduduk Palestin berpindah dari Rafah
Arahan berpindah itu dikeluarkan menerusi risalah yang digugurkan dari udara.
Laporan Amerika dedahkan Israel salah guna bantuan senjata
Pentadbiran Joe Biden mendapati Israel menggunakan bantuan senjata dari AS tanpa mengikut lunas undang-undang antarabangsa.
Rundingan gencatan senjata disambung semula hari ini di Mesir
Rundingan berterusan dilakukan selepas Hamas menghantar maklum balas mengenai cadangan yang mungkin "boleh disifatkan sebagai positif."
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Hamas terima cadangan gencatan senjata di Gaza, Israel tidak setuju
Benjamin Netanyahu sifatkan perjanjian gencatan senjata itu tidak memenuhi tuntutan Israel.
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.