GAZA: Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 pada Selasa di tengah-tengah rancangan rejim itu untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebijh 77,000 yang lain kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu (AA).
Menurut Pejabat Media Kerajaan berpangkalan di Gaza, tentera Israel melakukan 3,021 pembunuhan berama-ramai terhadap keluarga warga Palestin di seluruh Semenanjung Gaza sejak serangan Israel bermula pada 7 Okt tahun lepas.
Ia berkata, sekurang-kurangnya 485 petugas perubatan, 66 petugas pertahanan awam, 140 wartawan dan 224 petugas bantuan kemanusiaan dalam kalangan warga Palestin menjadi mangsa.
Lebih 7,000 warga Palestin masih hilang di bawah runtuhan rumah yang musnah di seluruh Palestin, menurut pejabat itu.
Lebih daripada dua juta warga Palestin menderita akibat keadaan kesihatan dan kehidupan dalam suasana bencana, terutamanya mereka yang tinggal di pusat perlindungan, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Semenanjung Gaza bertukar kepada kawasan yang musnah dalam sekala besar akibat pengeboman Israel tanpa henti selama 200 hari.
Menurut imej satelit oleh New York University, lebih daripada 56 peratus bangunan di Gaza sama ada musnah atau rosak selain daripada kemudahan prasarana.
Angka rasmi Palestin menganggarkan 60 peratus daripada kediaman di seluruh Gaza dan lebih 80 peratus kemudahan komersial rosak.
Pejabat Media Kerajaan itu berkata tentera Israel menembak hampir 75,000 tan bahan letupan di seluruh Semenanjung Gaza yang meninggalkan skala kemusnahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Ia berkata 86,000 unit kediaman musnah sepenuhnya dan 309,000 lagi rosak sebahagiannya tetapi tidak boleh dihuni. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Lebih daripada dua juta warga Palestin menderita akibat keadaan kesihatan dan kehidupan dalam suasana bencana, terutamanya mereka yang tinggal di pusat perlindungan, menurut laporan PBB. - Gambar fail REUTERS
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza
Setiausaha Agung PBB, ulangi desakan supaya Israel dan Hamas mencapai perjanjian gencatan senjata di Gaza
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Khilaf dalam kalangan ulama adalah 'rahmat' jika dikawal dan dijaga
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bahawa perbezaan pendapat atau khilaf dalam kalangan ulama boleh menjadi satu 'rahmat' dan membawa kebaikan sekiranya ia dikawal dan dijaga dengan baik
PM yakin kerajaan mampu laksana kenaikan gaji penjawat awam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa peningkatan gaji penjawat awam mulai Disember tahun ini mampu dilaksana menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan
Onn Hafiz harap ramai anak Johor di perantauan pulang sumbang bakti
Pelbagai usaha sedang giat dijalankan pihak kerajaan negeri bagi menarik minat anak jati Johor di perantauan itu.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Delegasi Hamas akan ke Mesir untuk rundingan gencatan senjata - Ismail Haniyeh
Delegasi Hamas akan ke Mesir bagi meneruskan perbincangan secara tidak langsung dengan Israel untuk gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Bayi di Gaza diselamatkan dari rahim ibu yang syahid dalam serangan Israel
Bayi perempuan seberat 1.4 kilogram itu dilahirkan melalui proses pembedahan C-section itu berada dalam keadaan stabil.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
1.7 juta penduduk hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza, kata PBB
Kira-kira 1.7 juta rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal secara paksa di Semenanjung Gaza akibat pencerobohan Israel.
Cucu pemimpin Hamas yang cedera dalam serangan Israel meninggal dunia
Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel.
Pembunuhan anak pemimpin Hamas tiada kaitan dengan gencatan senjata, rundingan tebusan, kata Israel
Pegawai Israel nafi dakwaan pembunuhan tiga anak Ismail Haniyeh berkait rapat dengan rundingan gencatan senjata dan perjanjian tebusan.