PUTRAJAYA: Perbincangan antara Malaysia dan Singapura pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Kelima berhubung Kerjasama Maklumat dan Komunikasi hari ini, berkisar kepada isu-isu yang berkaitan membolehkan pergerakan aliran data yang boleh dipercayai antara kedua-dua negara.
Turut dibincangkan dalam JCM yang dihoskan oleh Singapura itu ialah isu-isu yang berkaitan dengan usaha membaiki hubungan ekosistem teknologi dan inovasi masing-masing negara bagi menyokong perniagaan dan permulaan perniagaan.
Mesyuarat secara maya itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Multimedia (KKMM) Malaysia Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Tetap Kementerian Komunikasi dan Maklumat Singapura Yong Ying-I.
"Kedua-dua pihak komited untuk melaksanakan projek-projek bagi menunjukkan manfaat kerjasama dalam domain digital yang berkembang pesat ini, bagi menyokong pemulihan ekonomi masing-masing," menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena JCM hari ini.
Kenyataan bersama itu berkata JCM turut berbincang bagaimana hasil pengeluaran, pengedaran dan penggunaan media diganggu oleh teknologi dan platform dalam talian, termasuk jumlah maklumat yang semakin meningkat dan penyebaran maklumat palsu yang berleluasa dengan pantas.
Pada mesyuarat itu Mohammad dan Yong berbincang mengenai usaha transformasi digital di negara masing-masing, di samping meneroka bidang yang kerjasama digital dua hala yang dapat meningkatkan pemulihan pascapandemik.
Mohammad menekankan bahawa Malaysia terus menerima teknologi digital dan membangunkan teknologi serta model perniagaan yang unik untuk membantu negara dalam mewujudkan enjin pembangunan baharu.
Beliau berkata dengan pertumbuhan ekonomi digital, Revolusi Perindustrian Keempat, dan teknologi yang sentiasa berkembang, Malaysia berhasrat untuk meneroka potensi kerjasama dalam sektor ini pada masa hadapan.
"Malaysia sedang meningkatkan usaha untuk membantu pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan, dalam mengguna pakai teknologi digital, dan akan terus memajukan rancangan bagi mewujudkan ekonomi digital yang inklusif dan progresif untuk semua," katanya.
Yong pula berkata kerjasama antara Singapura dan Malaysia akan menjadi batu loncatan untuk meningkatkan hubungan antara perniagaan dan orang ramai serta menyokong pemulihan daripada pandemik itu.
"Pandemik ini telah mendorong banyak syarikat untuk mengubah secara digital dan merebut peluang baharu. Melalui JCM, kita telah memulakan projek kerjasama digital yang bermakna untuk meningkatkan penggunaan dan kebolehoperasian teknologi digital di kedua-dua negara," katanya.
Malaysia akan menjadi tuan rumah JCM keenam menjelang akhir tahun ini dan Muzika Ekstravaganza ke-14. Muzika Ekstravaganza ialah sebuah rancangan tahunan penerbitan bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) Malaysia dan Mediacorp Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Perbincangan antara Malaysia dan Singapura pada Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) Kelima berhubung Kerjasama Maklumat dan Komunikasi hari ini, berkisar kepada isu-isu yang berkaitan membolehkan pergerakan aliran data. - Foto Facebook KKMM

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia sepatutnya tidak jadi isu - Saifuddin
Pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, sepatutnya tidak menjadi isu.

Siasatan kes hakim Mohd Nazlan selesai, SPRM serah kertas siasatan
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah selesai melakukan siasatan kes itu.

PJKM catat jualan lebih RM54 juta - Rosol
Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) merekodkan jualan sebanyak RM54.55 juta sejak dilancarkan pada 2 Disember tahun lepas.

Thailand berterima kasih kepada Malaysia atas peranannya dalam rundingan damai selatan Thailand
Timbalan Perdana Menteri Thailand Prawit Wongsuwan menyampaikan perkara itu kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, ketika sesi mesyuarat di Bangkok pada Jumaat.

Ada berita baik untuk veteran ATM - Hishammuddin
Keperluan veteran ATM yang menyentuh kepada kebajikan dan pembelaan nasib mereka akan diteruskan.

Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.

Iskandar Malaysia Studios terima lebih banyak penggambaran asing
Dari sudut kapasiti, IMS mempunyai kelengkapan yang baik untuk menjalankan beberapa produksi secara serentak.

PJM mampu jana nilai jualan RM500 bilion tahun ini - Nanta Linggi
Program Jualan Malaysia menyokong usaha pemulihan ekonomi menerusi sektor perdagangan, pengedaran dan peruncitan berteraskan konsep 3R.