awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Oh Ei Sun

Israr Khalid
Israr Khalid
30/01/2023
23:45 MYT
Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Oh Ei Sun
Anwar bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kanan) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman kerjasama antara Fahmi dan rakan sejawatan dari Singapura, Josephine Teo, di The Istana, Singapura, 30 Jan. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua negara berjiran yang sama-sama harmoni dalam kepelbagaian masyarakatnya wajar bersama dalam menganjurkan projek keamanan di pentas dunia.
Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun berpendapat, Malaysia dan Singapura boleh menganjurkan resolusi yang mempromosi keharmonian di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Katanya, keakraban Malaysia dengan Singapura, walaupun ada beberapa pertikaian, adalah sesuatu yang jarang berlaku di dunia.
Ia ketika di kebanyakan negara di dunia, khususnya di Eropah, hubungannya sering tegang dengan negara-negara jirannya.
“Malaysia dan Singapura merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian agama, kaum dan dalam diplomasi antarabangsa, kita boleh mengambil posisi yang lebih kurang sama.
"Dan, mungkin boleh mengemukakan projek-projek bersama untuk memupuk semangat harmoni di penas dunia.
“Ini lebih meyakinkan dunia kerana ia bukan dikemukakan oleh sebuah negara sahaja, tetapi dua negara yang berjiran,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Malaysia-Singapura boleh bersama anjur resolusi keamanan di PBB - Dr. Oh Ei Sun
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kebangkitan ‘Islamophobia’ di Eropah susulan insiden pembakaran Al-Quran di Stockholm, Sweden tempoh hari. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan sehari ke Singapura. Antara yang turut serta dalam lawatan rasmi pertama Anwar ke negara itu selepas menyandang jawatan Perdana Menteri ialah, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Oh Ei Sun
#PBB
#projek keamanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan