awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Singapura nilai semula risiko sebelum teruskan VTL udara, darat dengan 50 peratus kuota

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2022
07:51 MYT
Malaysia, Singapura nilai semula risiko sebelum teruskan VTL udara, darat dengan 50 peratus kuota
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bercakap selepas melakukan lawatan kerja di Terminal PTP Gelang Patah hari ini. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Malaysia dan Singapura sedang membuat penilaian dalam pelaksanaan Skim Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) berikutan penularan varian baharu Omicron yang melanda.
Penilaian itu dilakukan bagi membolehkan kedua-dua pihak membuat keputusan sama ada meneruskan pelaksanaan skim itu dengan kuota asal atau mengurangkannya kepada 50 peratus.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, buat sementara waktu, kerajaan Singapura tidak akan lagi meluluskan sebarang permohonan baharu skim VTL itu.
Beliau berkata, perbincangan yang dilakukan sebelum ini, sekiranya skim itu diteruskan, hanya 50 peratus sahaja jumlah permohonan akan dibenarkan berbanding kapasiti asal yang diputuskan pada fasa pertama.
"Kedua-dua pihak akan berbincang mengenai jumlah yang boleh... sama ada udara ataupun darat.
"Dalam beberapa minggu ini, kita akan buat penilaian kalau kedua-dua pihak merasakan untuk (meneruskan dengan) 50 peratus ataupun sebaliknya," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan majlis meraikan pencapaian Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) 2021 di pelabuhan itu, pada Jumaat.
Menurut beliau lagi sejak pelaksanaan VTL 29 November 2021 sehingga 1 Januari lalu, seramai 37,783 pengembara daripada Singapura memasuki Malaysia melalui jalan udara.
Jumlah itu direkodkan bagi fasa pertama pelaksanaan skim itu dan ia berjalan lancar mengikut seperti yang dirancang.
Katanya lagi, pelaksanaan VTL memberi manfaat besar kepada mereka yang ingin memasuki negara ini atas pelbagai urusan, namun terpaksa akur dengan pamatuhan yang ketat.
Jelasnya, permohonan asal yang sudah diluluskan tidak berdepan sebarang masalah, sebaliknya masih boleh meneruskan perjalanan seperti dirancang.
Topic Berkaitan
#VTL
#Singapura
#Malaysia
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan