KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Bersama (JCM) ke-6 mengenai Kerjasama Maklumat dan Komunikasi antara Malaysia dan Singapura hari ini mengeratkan lagi hubungan baik dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura, dalam satu kenyataan bersama berkata mesyuarat itu susulan pembaharuan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lepas.
Dihoskan oleh Malaysia tahun ini, JCM dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura Joseph Leong hari ini.
Menurut kenyataan itu, semasa JCM, Mohammad dan Leong berkongsi perspektif mereka tentang kepentingan pendigitalan ketika ekonomi Malaysia dan Singapura beralih ke fasa endemik COVID-19, serta aktiviti jangkauan awam dan penglibatan setiap kerajaan semasa wabak itu.
"Malaysia dan Singapura sentiasa mengiktiraf JCM sebagai platform berguna untuk meningkatkan kerjasama dua hala, menangani cabaran utama dan yang paling penting, mempercepatkan pemulihan ekonomi berikutan COVID-19.
"Kedua-dua negara berkongsi pandangan bahawa peningkatan penggunaan teknologi digital semasa pandemik menunjukkan peluang untuk meningkatkan ekonomi digital dan meningkatkan capaian ketersambungan korporat dan individu.
"Kesannya, keperluan terhadap ruang dalam talian yang selamat dan terjamin semakin penting," menurut kenyataan itu, memaklumkan bahawa JCM seterusnya akan dihoskan oleh Singapura pada 2024.
Dalam kenyataan sama, Mohammad berkata Malaysia komited untuk memacu ekonomi digital yang inklusif, progresif, saksama dan mampan untuk kebaikan rakyatnya, kerana yakin ekonomi digital adalah asas penting untuk pemulihan ekonomi dalam tempoh ini.
"Perbincangan mesyuarat mengenai masa depan kerjasama maklumat dan komunikasi digital, serta dalam bidang perlindungan data antara kedua-dua negara, sangat menarik dan produktif, dan kami telah mengorak langkah besar ke arah mencapai visi dan objektif bersama," katanya.
Sementara itu, Leong berkata Singapura mengalu-alukan kerjasama erat berterusan dengan Malaysia untuk memanfaatkan faedah, dan pada masa sama menangani cabaran, ruang digital yang berkembang, termasuk melalui perbincangannya di JCM dan MoU yang ditandatangani baru-baru ini mengenai perlindungan data peribadi, keselamatan siber, dan ekonomi digital.
"Kami berkongsi minat yang sama dalam mewujudkan ruang dalam talian yang lebih selamat untuk rakyat, memudahkan sambungan rentas sempadan dan aliran data untuk perniagaan kami, dan mengembangkan ekonomi digital kami," tambahnya.
Bersempena JCM, Malaysia juga akan menganjurkan Muzika Ekstravaganza ke-14 esok, pelbagai penerbitan tahunan bersama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura.
Acara itu akan diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, dan Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura Josephine Teo.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023
Dihoskan oleh Malaysia tahun ini, JCM dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura Joseph Leong hari ini. - Foto Facebook KKD
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama perlindungan data, keselamatan siber dan ekonomi digital
JCM mengeratkan lagi hubungan baik dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dalam bidang perlindungan data peribadi, keselamatan siber dan ekonomi digital.