awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Singapura tingkat kerjasama strategik dalam pembangunan semula bandar - Kor Ming

Bernama
Bernama
10/10/2023
14:16 MYT
Malaysia-Singapura tingkat kerjasama strategik dalam pembangunan semula bandar - Kor Ming
Kor Ming berkata perkara itu diputuskan bersama Desmond Lee Ti-Seng, semasa menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya itu, semalam. - Gambar FB Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura sedia meningkatkan kerjasama strategik dua hala, termasuk dalam aspek pembangunan semula bandar, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata perkara itu diputuskan bersama dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura Desmond Lee Ti-Seng, semasa menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya itu, semalam.
Menerusi catatan di Facebooknya, Kor Ming berkata Lee menzahirkan keyakinan Singapura terhadap usaha dilaksanakan Malaysia, yang giat memacu perancangan dan pembangunan semula bandar di negara ini.
"Dalam hal itu, Menteri Desmond Lee dan delegasinya menyatakan hasrat Singapura untuk mempertingkatkan kerjasama strategik dua hala yang lebih erat, dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam masa terdekat," katanya yang turut memuat naik gambar pertemuan tersebut.
Kor Ming berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, telah mengenal pasti 139 tapak yang daif dan usang di ibu kota, yang memerlukan usaha-usaha pembangunan semula.
Beliau berkata perancangan dan pembangunan semula bandar, akan merancakkan lagi ekonomi setempat melalui penawaran pekerjaan baharu, sekali gus menyumbang kepada nilai ekonomi yang tinggi.
Kor Ming berkata selain bertukar pandangan berhubung hal-hal berkaitan dengan perancangan dan pembangunan semula bandar, pertemuan selama dua jam itu turut diisi dengan perbincangan mengenai soal perumahan, kebombaan dan pertahanan awam.
Beliau berkata dari segi kebombaan, Singapura turut bersetuju mengadakan latihan bersama Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia di Civil Defence Academy, Singapura, selepas ini.
"Semua cadangan ini akan diperhalusi ketika sesi pemukiman antara Malaysia dan Singapura pada 30 Okt ini di Singapura," katanya.
Lee sedang dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia bermula 8 Okt lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ekonomi setempat
#soal perumahan
#sesi pemukiman
#pertahanan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan