awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki terlibat kes letupan di Nilai
Gencatan senjata buka peluang selesai pertikaian sempadan secara aman - Thailand
Jika majoriti DUN terjejas, Undang-Undang Tubuh Perlis 'buka laluan' PRK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman

Bernama
Bernama
27/12/2025
09:30 MYT
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
Kementerian Luar berkata Malaysia juga amat bimbang dengan laporan bahawa tindakan STC telah meningkatkan ketegangan dan mengancam keadaan keselamatan yang sedia rapuh. - Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan di Yaman baru-baru ini, khususnya berhubung laporan operasi ketenteraan secara sehala dan kemaraan Majlis Peralihan Selatan (Southern Transitional Council - STC) di wilayah timur Hadramawt dan Al-Mahra.

Ringkasan AI
  • Malaysia menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan di Yaman, terutamanya berhubung laporan operasi ketenteraan STC di wilayah timur Hadramawt dan Al-Mahra.
  • Kementerian Luar menegaskan kepentingan menghormati kerangka perlembagaan dan politik Yaman, serta menggesa semua pihak untuk terus komited kepada dialog yang aman.
  • Malaysia turut berdiri teguh bersolidariti bersama rakyat Yaman yang terus menghadapi penderitaan berpanjangan serta memuji usaha Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu dalam membantu meredakan ketegangan di kawasan tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Luar berkata Malaysia juga amat bimbang dengan laporan bahawa tindakan STC telah meningkatkan ketegangan dan mengancam keadaan keselamatan yang sedia rapuh.
"Perkembangan ini berisiko menjejaskan kemajuan yang telah dicapai ke arah penyelesaian politik, mencetuskan perpecahan, serta memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh rakyat Yaman," menurut kenyataan itu.
Malaysia turut mengulangi sokongan penuh terhadap Majlis Kepimpinan Presiden (Presidential Leadership Council - PLC) dan Kerajaan Republik Yaman sebagai pihak berkuasa yang diiktiraf untuk memimpin negara itu melalui proses peralihan dan pembinaan keamanan.
"Malaysia menegaskan kepentingan menghormati kerangka perlembagaan dan politik Yaman, serta menggesa semua pihak untuk terus komited kepada dialog dan rundingan secara aman, menyelesaikan pertelingkahan melalui kaedah politik dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan negara itu.
"Malaysia juga menekankan bahawa keamanan yang berkekalan di Yaman hanya dapat direalisasikan melalui rundingan yang konstruktif, pendamaian menyeluruh antara semua pihak di Yaman, serta pematuhan terhadap undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar menegaskan Malaysia terus berdiri teguh bersolidariti bersamarakyat Yaman yang terus dibelenggu penderitaan berpanjangan dan keperluan kemanusiaan yangmendesak.
Malaysia juga memuji usaha berterusan oleh Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu dalam membantu meredakan ketegangan.
"Malaysia menggalakkan semua pemain serantau dan antarabangsa untuk menyokong inisiatif-inisiatif bertujuan untuk menegakkan kedaulatan, integriti wilayah dan kemerdekaan Yaman," menurut kementerian.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#ketegangan di Yaman
#Malaysia zahir kebimbangan
#Kementerian Luar
#krisis kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan