awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka kekal mengukuh pada 3.96 berbanding dolar AS
Pelucutan senjata Hamas di Gaza disertai “pengampunan” - Pegawai AS
Kebakaran tanah gambut: 112 mangsa terjejas, berlindung di dua PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tegaskan keutamaan keselamatan dan diplomasi dalam isu sempadan Thai-Kemboja

Bernama
Bernama
11/12/2025
10:50 MYT
Malaysia tegaskan keutamaan keselamatan dan diplomasi dalam isu sempadan Thai-Kemboja
Ahmad Zahid berkata Malaysia berharap kedua-dua negara akan terus komited memastikan gencatan senjata dipatuhi sepenuhnya. - Gambar fail
BANGKOK: Malaysia menyatakan pendapat bahawa usaha berterusan perlu dilakukan untuk meredakan ketegangan di sepanjang sempadan Kemboja-Thailand dan menggesa kedua-dua belah pihak untuk terus komited menggunakan saluran diplomasi dan proses dialog secara aman, selaras dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia berharap kedua-dua negara akan terus komited memastikan gencatan senjata dipatuhi sepenuhnya.
Jelasnya, Malaysia bukan campur tangan hal-hal kedua-dua negara tersebut namun inginkan keamanan dan kemakmuran di rantau ASEAN.
"Malaysia turut berharap kedua-dua pihak dapat melaksanakan Perjanjian Damai KL demi menjamin keselamatan komuniti di kedua-dua belah sempadan.
"Perkara itu saya tekankan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, yang kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam aspek kesiapsiagaan dan tindak balas bencana rentas sempadan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Thailand, mengadakan kunjungan hormat ke atas Anutin di Rumah Kerajaan.
Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Dewan Negara merangkap Speaker Dewan Perwakilan Thailand Wan Muhamad Noor Matha.
Konflik sempadan Thailand-Kemboja yang berlanjutan sejak lebih satu abad lalu kembali tegang pada Julai lepas dan mencetuskan pertempuran selama lima hari antara tentera kedua-dua negara.
Kedua-dua negara kemudian bersetuju melaksanakan gencatan senjata di Kuala Lumpur pada 24 Julai sebelum menandatangani Perjanjian Damai KL pada 26 Okt semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, dengan disaksikan oleh Anwar selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Bagaimanapun, pertempuran tercetus semula pada Isnin, menyebabkan beberapa kematian serta memaksa ribuan penduduk meninggalkan rumah mereka untuk keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Isu Sempadan
#Thailand-Kemboja
#Malaysia
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan