KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berharap jumlah pelancong dapat ditambah berikutan pelaksanaan pengecualian visa untuk rakyat China dan India selama 30 hari bermula 1 Dis lepas.
"Jadi, kami berharap kita boleh mempertingkatkan (jumlah pelancong) terutama sekali seperti yang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan, visa berkecuali untuk negara China dan India," katanya kepada media selepas sesi jelajah mesra Sambutan Hari Batik Malaysia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Mengikut statistik itu, pelancong Singapura adalah tertinggi iaitu sebanyak 12,645,364 orang diikuti Indonesia (3,166,295), Thailand (2,073,162), China (1,407,471), Brunei (904,841) dan India (780,532) manakala bakinya adalah lain-lain negara.
Sementara itu, dalam usaha memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China sempena ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara ke-50 pada tahun hadapan, satu siri koleksi khas batik akan diperkenalkan oleh MOTAC dan Kraftangan Malaysia.
"Kita kemungkinan buat satu reka bentuk siri koleksi khas untuk dua negara dan juga macam mana kita boleh jalankan satu tahun promosi di negara China, macam contoh mereka pun boleh promosi pakaian mereka seperti cheongsam atau material lain kepada kita," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Ainu Sham Ramli berharap Jualan Rahmah Batik yang telah dilancarkan sempena Sambutan Hari Batik Malaysia hari ini dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk membeli batik pada harga kurang daripada RM100 .
"Kami mengadakan tawaran istimewa ini, hasil kerjasama dengan pengusaha-pengusaha batik agar pembeli dapat memperoleh batik pada harga mampu milik," katanya.
Beliau berkata sambutan kali ini yang berlangsung selama lima hari bermula 30 Nov hingga 4 Dis ini, turut menyasarkan hasil jualan sebanyak RM1 juta.
Sambutan Hari Batik Malaysia yang diadakan pada tahun ketiga ini juga merekodkan peningkatan jumlah penyertaan usahawan batik sebanyak 820 pengusaha berbanding 797 pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 03 2023
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Tiong King Sing berharap jumlah pelancong dapat ditambah berikutan pelaksanaan pengecualian visa untuk rakyat China dan India selama 30 hari bermula 1 Dis lepas. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Festival Kraf Persona Tekstil 2024
Bermula 28 November hingga 8 Disember 2024 dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Budaya Sarapan di Malaysia diiktiraf Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Budaya Sarapan di Malaysia kini mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini - MOTAC
Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.
MOTAC rancang antarabangsakan Aswara, galak pertukaran pelajar seni dan budaya
MOTAC dan Aswara akan membawa pelajar antarabangsa untuk belajar seni dan budaya di Malaysia.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Industri inap desa Sarawak jana RM4.95 juta, tarik 41,168 pengunjung pada Januari-September 2024
Industri inap desa Sarawak menjana pendapatan RM4.95 juta dari Januari hingga September tahun ini sambil menarik 41,168 pengunjung sepanjang tempoh itu.
HRD Corp: Inisiatif kursus pembangunan keluarga guna caruman levi majikan diteruskan - PM
Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan meneruskan inisiatif pembiayaan kursus-kursus bertemakan pembangunan keluarga menggunakan caruman levi majikan.