awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terima lebih dari 1.4 juta ketibaan pelancong China setakat Jun

Bernama
Bernama
27/08/2024
10:19 MYT
Malaysia terima lebih dari 1.4 juta ketibaan pelancong China setakat Jun
Jumlah kemasukan pelancong itu adalah peningkatan memberangsangkan sebanyak 190.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2023 yang menyaksikan 498,540 ketibaan. - Bernama
SEPANG: Malaysia telah menerima 1,449,711 pelancong dari China setakat Jun 2024, kata Tourism Malaysia.
Jumlah itu adalah peningkatan memberangsangkan sebanyak 190.8 peratus berbanding tempoh sama pada 2023 yang menyaksikan 498,540 ketibaan.
Dalam kenyataan hari ini, Tourism Malaysia berkata pengenalan kemasukan tanpa visa untuk pelancong China berkuat kuasa 1 Dis 2023 sehingga 31 Dis 2026 telah meningkatkan pertanyaan dan tempahan ke Malaysia dari China.
Terdahulu pada 25 Ogos, Malaysia turut mengalu-alukan penerbangan sulung 9 Air yang tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini.
9 Air ialah syarikat penerbangan tambang rendah di China dan satu-satunya syarikat penerbangan tambang murah yang memberi perkhidmatan di Tengah dan Selatan China dengan pangkalan operasi utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun.
Perkhidmatan baharu antara Guiyang dan Kuala Lumpur akan beroperasi setiap minggu, menggunakan pesawat Boeing 737-800 dengan kapasiti 189 penumpang.
Ketua Pengarah Tourism Malaysia Manoharan Periasamy serta wakil dari 9 Air dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) secara peribadi mengalu-alukan penumpang dalam penerbangan AQ1211 dari Guiyang.
Sebelum ini, 9 Air mengendalikan penerbangan ke Thailand, Rusia, Jepun dan Laos dengan Malaysia menjadi tambahan terkini kepada laluan antarabangsanya.
Perkhidmatan baharu ini, khusus untuk pelancong dari Guiyang ke Malaysia, menandakan titik perubahan penting dalam pembangunan pelancongan di Wilayah Guizhou.
"Dengan penerbangan terus ini, pelancong China kini boleh menerokai pelbagai tarikan Malaysia dengan mudah, daripada Menara Berkembar Petronas yang ikonik di Kuala Lumpur ke pantai-pantai indah di Pulau Langkawi, keindahan budaya Melaka dan peluang untuk merasai tarikan kebudayaan unik, mercu tanda bersejarah serta keenakan masakan Malaysia yang terkenal," tambah kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancong
#China
#Tourism Malaysia
#kemasukan tanpa visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan