awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia teroka pasaran baharu semikonduktor sebagai usaha pempelbagaian pasaran - PM Anwar

Bernama
Bernama
01/09/2025
09:00 MYT
Malaysia teroka pasaran baharu semikonduktor sebagai usaha pempelbagaian pasaran - PM Anwar
Anwar (foto) menekankan kepentingan pembangunan bakat dan latihan dalam teknologi semikonduktor, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI). -Gambar Bernama
TIANJIN: Malaysia sedang meneroka pasaran baharu bagi industri semikonduktor sebagai sebahagian usaha pempelbagaian untuk menembusi pasaran baharu dan bukan tradisional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Malaysia sedang meneroka pasaran baharu bagi industri semikonduktor, termasuk kerjasama dengan syarikat dari China dan Jepun, sebagai usaha pempelbagaian eksport.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan pembangunan bakat dan latihan dalam teknologi semikonduktor, termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI).
  • Lawatan kerja beliau ke China turut melibatkan pertemuan dengan pemain industri semikonduktor untuk merangka kerjasama strategik dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau.

Beliau berkata China telah mencapai kemajuan luar biasa dalam bidang itu, dan Malaysia berhasrat untuk belajar serta meneroka potensi kerjasama dengan rakan setaranya di China.
“Malaysia bertuah kerana menjadi hab semikonduktor di Asia Tenggara…dengan lebih 60 peratus produk elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor kami dieksport ke Amerika Syarikat.
"Jadi keputusannya adalah meneruskan usaha itu namun pada masa sama akan mencari pasaran baharu, dan kami sedang bekerjasama dengan syarikat China dan Jepun," kata beliau semasa sesi soal jawab pada syarahan umum beliau yang diadakan di Universiti Tianjin, di sini, pada Isnin.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut menekankan kepentingan memupuk bakat baharu dalam bidang itu, sebagai contoh melibatkan teknologi terkini yang menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Terdapat peluang besar memandangkan China telah membuka pintunya, kata beliau.
Anwar berkata komponen latihan juga sama penting di samping jalinan kerjasama.
"Malah, esok saya akan bertemu dengan semua peserta industri semikonduktor yang berpangkalan di China untuk berbincang dan merangka formula. Kita perlu teroka peluang ini dan berusaha bersama-sama," kata beliau.
Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan kerja empat hari di China, yang merupakan lawatan keempat beliau ke negara ini sejak memegang jawatan pada November 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#semikonduktor
#Universiti Tianjin
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan