awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia terus gesa dunia bela keadilan di Gaza

Bernama
Bernama
07/07/2025
00:10 MYT
Malaysia terus gesa dunia bela keadilan di Gaza
Anwar ketika mengambil bahagian pada hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS yang berlangsung di Rio de Janeiro pada Ahad. - Foto PMO
RIO DE JANEIRO: Malaysia hari ini sekali lagi menggesa agar dunia tidak terus membisu terhadap jenayah kemanusiaan yang berlaku di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Iran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata BRICS mesti bangkit sebagai suara keadilan sejagat, menolak segala bentuk penindasan dan menjunjung maruah insan.
Beliau membuat gesaan tersebut itu ketika mengambil bahagian pada hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS yang berlangsung di sini pada Ahad.
Sidang kemuncak itu memberi fokus kepada memperkukuh multilateralisme, reformasi dalam sistem ekonomi dan kewangan global, serta tadbir urus kecerdasan buatan (AI) yang beretika.
"Dalam sesi intervensi, saya tegaskan pendirian Malaysia bahawa masa depan dunia tidak harus dibelenggu oleh pertembungan blok atau perpecahan geopolitik, sebaliknya dibentuk melalui semangat kerjasama, perkongsian kemakmuran dan komitmen kolektif terhadap masa depan digital yang adil, selamat dan inklusif untuk semua," kata Perdana Menteri.
Setakat 3 Julai 2025, hampir 58,000 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh dalam perang di Gaza.
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva semasa sesi Pentadbiran Global, Keamanan dan Keselamatan, turut bersuara mengenai konflik Gaza, Iran dan Ukraine.
"Pastinya tiada apa yang membenarkan tindakan keganasan oleh Hamas," katanya.
Bagaimanapun, kita tidak boleh terus tidak ambil peduli terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel di Gaza, pembunuhan sewenang-wenangnya orang awam, dan penggunaan kelaparan sebagai senjata perang, kata Lula.
Beliau berkata penyelesaian kepada konflik itu hanya boleh dilaksanakan dengan menamatkan pendudukan Israel dan menubuhkan negara Palestin yang berdaulat dalam sempatan 1967.
Kerajaan Brazil katanya turut mengutuk pencabulan integriti wilayah Iran, sama seperti yang dilakukan dalam kes Ukraine.
"Pihak yang terlibat dalam perang di Ukraine mestilah segera menggerakkan dialog secara langsung yang menyasarkan kepada suatu gencatan senjata dan keamanan yang berpanjangan," tambahnya.
Menurut Lula da Silva, kejayaan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Timur menunjukkan bahawa ia mampu membawa keamanan dan kestabilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BRICS
#Anwar Ibrahim
#Gaza
#Luiz Inacio Lula da Silva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan