awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar

Bernama
Bernama
06/03/2025
16:31 MYT
Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Malaysia dan Thailand bersetuju memperkukuh kerjasama dalam pembangunan pascabanjir, kawalan saliran air, dan dialog damai di Selatan Thailand.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu ditingkatkan demi kebajikan rakyat.
  • Perdana Menteri menerima jemputan menghadiri Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis pada 17 April depan.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri dalam berkata dalam satu perbualan telefon bersama rakan sejawat dari Thailand Paetongtarn Shinawatra hari ini, mereka telah membincangkan beberapa perkara penting berkait kedua-dua negara.
"Hal itu termasuk isu di sempadan seperti di Sungai Golok membabitkan komitmen kerajaan Thailand dengan dana untuk projek pembangunan pascabanjir. Turut dibincangkan adalah komitmen kerjasama lebih teguh berkaitan kawalan saliran air dalam mengurangkan risiko banjir dan inisiatif tebatan banjir baharu bagi pengurusan dan perlindungan pantai.
"Kami juga membincangkan komitmen terkait proses dialog damai di Selatan Thailand termasuk pelantikan ketua perunding baharu," kata beliau menerusi hantaran itu.
Sementara itu, dalam satu hantaran berasingan Anwar berkata kerjasama padu antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu terus dipertingkat dan diperhebatkan lagi demi kebajikan rakyat.
Perdana Menteri berkata perkara itu ditegaskan beliau ketika mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini.
"Saya titipkan pesanan, pastinya segala perancangan jangka pendek dan panjang, perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang dahagakan pembangunan tanpa melupakan prinsip manusiawi dan menuntut pentadbiran yang menjaga rakyatnya, yang menguatkuasakan undang-undang secara adil, serta yang beroperasi dengan telus," katanya.
Dalam hantaran itu beliau turut memaklumkan telah menerima warkah persilaan daripada Mohd Shukri sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail yang dijadual berlangsung pada 17 April depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Thailand
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Paetongtarn Shinawatra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan