Kerajaan tidak mengiktiraf status pelarian mana-mana kumpulan termasuk Rohingya walaupun mereka memegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata sebaliknya kumpulan itu diklasifikasikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.
"Namun, atas dasar kemanusiaan, kerajaan membenarkan PATI yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara di negara ini sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNCHR menerusi dasar 'satu kes ke satu kes'," katanya menerusi kenyataan berkenaan status pelarian etnik Rohingya di negara ini.
Menurutnya, sehingga Mac 2020 terdapat seramai 179,521 pemegang kad UNHCR tinggal secara sementara di Malaysia dan daripada jumlah itu, 56.6 peratus atau 101,584 orang adalah daripada etnik Rohingya.
Sementara itu, Hamzah berkata berdasarkan hasil semakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak pernah mendaftarkan pertubuhan atas nama Rohingya atau mana-mana etnik Rohingya di Malaysia.
Justeru, katanya, mana-mana pertubuhan yang mewakili etnik Rohingya di Malaysia adalah tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] dan boleh diambil tindakan mengikut lunas undang-undang.
"Oleh demikian, pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan," katanya.
Beliau berkata KDN melalui jabatan dan agensinya komited dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara dan sebarang tindakan pemegang kad UNHCR yang mengganggu gugat ketenteraman awam dan bertentangan undang-undang negara tidak akan terlepas daripada tindakan.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hamzah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 19 laporan terhadap pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya dan empat kertas siasatan telah dibuka.
Selain itu, dua tekong warganegara Myanmar bakal dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan terbabit dengan sindiket menyeludup masuk PATI yang memegang kad UNHCR ke dalam negara, katanya.
Merujuk tindakan pihak berkuasa Malaysia tidak membenarkan bot yang membawa etnik Rohingya memasuki kawasan perairan negara pada 17 April lalu, beliau menegaskan langkah itu adalah berlandaskan undang-undang bagi menjaga kedaulatan sempadan negara daripada diceroboh.
Bagaimanapun, atas dasar kemanusiaan pihak berkuasa Malaysia telah mengagihkan bekalan makanan sebelum mengiringi bot itu keluar dari kawasan perairan negara.
Hamzah berkata tindakan memperketatkan sempadan termasuk lorong-lorong tikus bagi menghalang pencerobohan PATI adalah selari dengan langkah kerajaan menutup pintu masuk negara kepada warga asing bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
"KDN ingin menegaskan bahawa pihak berkuasa akan terus bersiap siaga bagi menghalang sebarang pencerobohan terhadap sempadan mahupun perairan negara," katanya, menambah PATI yang memegang kad UNHCR di Malaysia diingatkan supaya terus menghormati dan mematuhi undang-undang negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 30 2020
Hamzah berkata kumpulan itu diklasifikasikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). - Astro AWANI / Shahir Omar
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
'Sekurang-kurangnya kita tahu mana intan, mana kaca' - Hamzah
Tujuh pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri tidak hadir ke Majlis Penutup Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN).
Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan, dakwa Anwar tak ikut Peraturan Mesyuarat
Hamzah berkata tindakan Anwar memberikan penerangan tersebut di tengah-tengah sesi Perbahasan Titah Diraja sebagai menyalahgunakan 'sokongan majoriti' yang dimiliki oleh kerajaan.
PN umum lima barisan portfolio baharu kabinet bayangan
Hamzah berkata, perubahan pada jawatankuasa portfolio dibuat mengikut kedudukan Kabinet sedia ada dengan memberi fokus kepada isu utama.
Pengampunan Najib: Mengapa tidak diumumkan lebih awal?
Hamzah menyelar tindakan Kerajaan Madani yang terlewat memaklumkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib.
Bersatu umum dukung kepimpinan Muhyiddin, ambil tindakan terhadap wakil rakyat khianati parti
Mesyuarat khas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyatnya yang khianat.
Ahli pembangkang tak tahu Langkah Dubai - Hamzah
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa ahli pembangkang tidak mengetahui tentang Langkah Dubai seperti yang hangat diperkatakan kini.
Kenyataan media 118 Ahli Parlimen PN menghadap Agong adalah palsu
Pejabat Ketua Pembangkang memaklumkan, kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang ditularkan di media sosial, adalah palsu.