KUALA LUMPUR: Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Malaysia sepatutnya menjadi tuan rumah kejohanan itu yang akan berlangsung pada 7 hingga 10 Dis ini, namun terpaksa menolaknya susulan berdepan kekangan bagi menyediakan venue bersesuaian.
"Kita menghadapi masalah pada tahun ini apabila tidak ada stadium yang boleh digunakan untuk penganjuran kejohanan tersebut.
"Stadium di peringkat negeri yang kita harapkan semuanya di peringkat pembinaan kecuali stadium di Pahang, yang pada masa tersebut masih belum mendapat sijil penggunaan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk sukan itu di sini hari ini.
Dalam pada itu, Shahidan berkata pihaknya akan menghantar 44 atlet membabitkan 25 lelaki dan 19 wanita bagi menyertai kejohanan di Bangkok.
SUKAN-OLAHRAGA (KOM) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Menurutnya pemilihan kesemua atlet tersebut telah dibuat pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia yang berlangsung pada 15 hingga 19 Okt lepas.
"Ini bukanlah isu kerana kita dah hantar satu pasukan atlet yang besar untuk bertanding dan bila tahun depan sudah pasti hampir semua stadium sudah bersedia.
"Kalau tak dapat dibuat di Kuala Lumpur, kita akan buat di negeri-negeri dan antara negeri yang bersedia adalah Sarawak, Sabah dan lain-lain jadi tahun hadapan tiada masalah untuk dianjurkan," katanya.
Beliau pada masa sama berkata KOM sedang mempergiat usaha membentuk semula program pembangunan bagi mendapatkan bakat baharu selain melahirkan lebih ramai atlet muda berpotensi sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (MAF) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Olahraga Malaysia 2023 di sebuah hotel hari ini. - Foto BERNAMA
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Gig dibentang di mesyuarat Kabinet esok
Pembentangan itu membabitkan laporan interim, bertujuan bagi memperoleh kelulusan daripada Jemaah Menteri.
Kelantan sedang gubal RUU pentadbiran Mahkamah Syariah
Kerajaan Kelantan sedang menggubal Rang Undang-undang (RUU) Pentadbiran Mahkamah Syariah terbaharu yang akan menggantikan Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah (Negeri Kelantan) 1982.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata draf pindaan itu, telah dibentangkan di Mesyuarat Ahli Majlis-majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata draf pindaan itu, telah dibentangkan di Mesyuarat Ahli Majlis-majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Mahkamah beri masa 2 minggu Topik: Kes Najib, Irwan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi masa dua minggu kepada pihak pendakwaan untuk melengkapkan dokumen kes pecah amanah (CBT) dana kerajaan sebanyak RM6.6 bilion sebagai bayaran kepada Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) kepada pihak Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Literasi kewangan, kerjasama holistik kunci wang persaraan yang cukup
Literasi kewangan dan kerjasama holistik pihak berkepentingan merupakan antara yang dicadangakan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan dalam memastikan kecukupan wang persaraan rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran negara menua.
PM mahu tumpuan diberi kepada ekonomi perak, ini perkara anda perlu tahu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, kerajaan akan memberikan tumpuan kepada ekonomi perak (silver economy) dalam menghadapi populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
LCS pertama diluncurkan 23 Mei lalu
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah diluncurkan di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.
Perbadanan Putrajaya, TNB jalin kerjasama bagi pembangunan bandar pintar dan rendah karbon
Perbadanan Putrajaya dan TNB menandatangani MoU dan Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) yang memfokuskan kepada pembangunan Bandar Pintar dan Bandar Rendah Karbon.
Grab taja caruman SKSPS buat lebih 180,000 pekerja e-hailing, p-hailing
Grab Malaysia akan menanggung 10 peratus daripada jumlah caruman tersebut yang mana 90 peratus yang lain ditanggung kerajaan.
AWANI Ringkas: Kerani, kontraktor tipu jual gelaran Datuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 1,000 kes pokok tumbang sehingga April - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) merekodkan 1,085 kejadian pokok tumbang di seluruh negara bagi tempoh empat bulan pada tahun ini.
Giliran Muhammad Hazriq menyinar
Muhammad Hazriq juga berazam untuk memastikan dirinya menaiki podium pada setiap kejohanan disertainya.
Malaysia tuan rumah Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara tahun depan - KOM
Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Olahraga Remaja Asia Tenggara pada tahun depan selepas giliran penganjuran itu pada tahun ini diserahkan kepada Thailand.