awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tunggu keputusan PBB untuk hantar tentera pengaman ke Palestin

Bernama
Bernama
26/10/2023
10:18 MYT
Malaysia tunggu keputusan PBB untuk hantar tentera pengaman ke Palestin
Mohamad berkata kerajaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa dengan apa juga diputuskan PBB kelak. - Gambar fail
PORT DICKSON: Malaysia mengambil pendirian tunggu dan lihat mengenai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung penghantaran tentera pengaman ke Palestin, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata kerajaan tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa dengan apa juga diputuskan PBB kelak dan perkara itu akan dipertimbangkan terutamanya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Mohamad berkata sebagai negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di bawah PBB, Malaysia telah menyertai tentera pengaman di bawah United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL), sebelum ini.
"Kita ada lebih 800 anggota tentera di Lubnan, kita ada juga beberapa pegawai masih bertugas di Somalia ataupun di negara-negara Afrika tapi tidak seramai apa yang ada di Lubnan.
"Jadi sebagai negara yang menyertai PBB, kita akan tunggu dan lihat apa keputusan PBB dan di situ nanti kita akan menilai sama ada perlu ke Malaysia menyertai tentera pengaman ini ataupun tidak... kita tidak akan secara tergesa gesa menghantar pasukan tentera kita ke sana," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 536 Veteran ATM, balu serta wakil waris di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya Malaysia enggan menghantar pasukan tentera bagi membantu Palestin.
Menurut Perdana Menteri, keputusan menghantar pasukan tentera bukan boleh dibuat dengan mudah kerana ia perlu mendapat persetujuan negara-negara jiran Palestin.
Terdahulu, Mohamad dalam ucapannya berkata secara dasarnya akan berlaku pertukaran pasukan MALBATT 850-10 yang menyertai misi United Nation Interim Force In Lebanon (UNIFIL) bermula 2 Okt lepas.
"Kita mempunyai tentera misi PBB di Lubnan di bawah MALBATT. Secara dasarnya dua hari lepas, ada pertukaran anggota bermula 2 Okt.
"Saya akan memberitahu Kabinet bahawa akan meneruskan pertukaran anggota ini di Lubnan. Jika ada perkara yang berlaku selepas ini, kita akan buat keputusan berlainan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#tentera pengaman
#Palestin
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan