NEW YORK: Malaysia menuntut akauntabiliti atas pencabulan jelas Israel ke atas undang-undang antarabangsa dalam tindakannya di Gaza, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ketiadaan akauntabiliti atas jenayah perang Israel menggugat kesahihan undang-undang antarabangsa dan usaha mengakhiri pendudukan haram Palestin.
Mohamad menyatakan ini di Debat Terbuka Peringkat Menteri di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), berhubung Situasi di Timur Tengah termasuk Isu Palestin, pada Selasa (hari Rabu, waktu Malaysia).
"Dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa dan hak-hak orang tertindas, Malaysia, pada 23 Julai 2023, bersama-sama dengan 56 negara lain, mengemukakan pernyataan bertulis untuk 'Pendapat Penasihat, mengenai akibat undang-undang, pelanggaran berterusan Israel, di wilayah Palestin' di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Malaysia juga akan mengambil bahagian dalam pendengaran awam, pada 19 Feb," kata Mohamad.
Beliau juga menekankan pendirian Malaysia bahawa tidak sepatutnya berlaku pengecilan wilayah Palestin.
"Setiap usaha untuk merampas tanah mereka, melanggar undang-undang antarabangsa, dan lebih merosakkan, prospek, untuk hidup bersama secara damai," tambah Mohamad.
Beliau juga menunjukkan ketidakupayaan Majlis Keselamatan untuk memanggil gencatan senjata dengan kegagalan itu sebahagiannya bertanggungjawab untuk apa yang dilihat sebagai lebih seratus hari keganasan di Gaza.
Mohamad menyatakan Malaysia mendapati sukar untuk percaya bahawa Israel telah dibenarkan melakukan pemboman secara rawak - rumah, tempat perlindungan, laluan evakuasi, dan bahkan pusat perubatan menjadi sasaran bom.
"Purata, 246 warga Palestin dibunuh setiap hari, atau 10 pembunuhan setiap jam. Menurut Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA), hingga 1.9 juta orang, atau hampir 85 peratus populasi Gaza dipaksa berpindah.
"Tindakan terancang pembunuhan beramai-ramai yang haram dan tidak bermoral ini, harus membawa kita kepada satu keputusan oleh ahli-ahli Majlis ini. Sudah tiba masanya untuk mengiktiraf, apa yang telah dilakukan oleh Israel, sebagai genosid.
"Dan sudah tiba masanya, untuk menerima Negeri Palestin, sebagai Ahli Penuh Bangsa-Bangsa Bersatu," kata Mohamad.
Beliau berkata Malaysia menuntut gencatan senjata segera dan mengutuk pemindahan paksa rakyat Palestin, dan akan terus melakukan segala yang perlu mengikut kemampuan dan haknya untuk menamatkan ketidakadilan dan tindakan yang menyalahi undang-undang ini.
Komuniti antarabangsa harus mengutamakan usaha meningkatkan semua kemudahan yang diperlukan bagi rakyat Palestin.
Akses kepada perkhidmatan asas, adalah hak asasi manusia, yang tidak sepatutnya dikompromi. Hukuman kolektif Israel, terhadap seluruh penduduk Gaza, adalah haram, tidak bermoral, dan harus segera dihentikan, katanya.
Israel melancarkan serangan maut di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas, membunuh sekurang-kurangnya 25,490 rakyat Palestin dan mencederakan 63,354 yang lain.
Serangan Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur wilayah itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres dalam ucapan pembukaanya menekankan penderitaan berpanjangan di Gaza, lebih 100 hari.
Penduduk wilayah itu bergelut dengan kehilangan tempat tinggal dan situasi kemanusiaan yang teruk, memberi kesan kepada 2.2 juta orang yang menghadapi kelaparan dan bekalan makanan tidak menentu, diperburuk lagi oleh penjagaan kesihatan yang tidak memadai dan musim sejuk mencabar.
Guterres menonjolkan ketegangan serantau yang meningkat, dengan menyebut insiden terkini seperti serangan Israel di Lubnan, aktiviti Houthi di Laut Merah, dan tindakan ketenteraan Iran di Syria dan utara Iraq.
Beliau dengan tegas mengkritik penolakan Israel terhadap penyelesaian dua negara, menekankan ia akan menyumbangkan kepada konflik yang berpanjangan dan ketidakstabilan global.
"Pendudukan Israel harus berakhir. Penolakan Israel terhadap penyelesaian dua negara, walaupun dengan rayuan antarabangsa, bukan sahaja tidak dapat diterima tetapi juga secara tidak langsung memanjangkan konflik," kata Guterres.
Beliau mempersoalkan kebolehlaksanaan penyelesaian satu negara oleh Israel, menyuarakan kebimbangan mengenai kekurangan kebebasan, hak, dan martabat bagi penduduk Palestin dalam kerangka negara itu.
Guterres mengesahkan semula bahawa penyelesaian dua negara kekal sebagai satu-satunya laluan yang boleh dilaksanakan untuk memenuhi aspirasi sah kedua-dua Israel dan Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Mohamad juga menekankan pendirian Malaysia bahawa tidak sepatutnya berlaku pengecilan wilayah Palestin. - Foto fail/BERNAMA
Mahasiswa harus bina rangkaian di universiti untuk persediaan ke alam pekerjaan
Rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang.
LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC
LFL digesa perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata.
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Hamas dijangka bertindak balas terhadap cadangan genjatan senjata berperingkat terbaharu Israel yang disampaikan pada Sabtu lalu.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.