KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turki menzahirkan kebimbangan terhadap trend peningkatan kebencian, sikap tidak bertoleransi, diskriminasi dan tindakan keganasan terhadap umat Islam yang telah mencapai tahap membimbangkan terutamanya di Eropah.
Dalam kenyataan bersama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut menggariskan kebimbangan kemunculan bentuk perkauman baharu yang dicirikan oleh xenofobia, profil negatif dan stereotaip terhadap umat Islam.
Isu tersebut dibincangkan kedua-dua pemimpin dalam pertemuan empat mata seiring Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78, di New York pada Rabu.
"Kami mengalu-alukan penerimaan Resolusi Perhimpunan Agung PBB 76/254 untuk mengisytiharkan 15 Mac sebagai 'Hari Antarabangsa untuk memerangi Islamofobia', yang menekankan bahawa keganasan dan ekstremisme ganas tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana agama, kewarganegaraan, tamadun atau kumpulan etnik.
"Kami mengalu-alukan perbahasan mendesak semasa Sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) PBB untuk membincangkan peningkatan yang membimbangkan berkait kebencian agama yang dirancang dan dimaklumkan secara terbuka seperti yang ditunjuk melalui penghinaan berulang-ulang terhadap Al-Quran dan menerima resolusi HRC yang mentakrifkan pembakaran kitab suci sebagai tindakan kebencian agama," memetik kenyataan bersama itu.
Kedua-dua pemimpin turut menggariskan bahawa tindakan kebencian agama, perkauman, diskriminasi dan xenofobia sedemikian telah menimbulkan ancaman kepada keamanan dan menghasut budaya keganasan.
Malah, Anwar dan Erdogan turut menegaskan bahawa perlunya komitmen politik di peringkat tertinggi termasuk melalui Resolusi HRC PBB dan menggalakkan negara-negara memberi perhatian khusus kepada kepentingan menjenayahkan hasutan kepada keganasan berdasarkan agama atau kepercayaan.
Anwar yang kini berada di New York dijadual bertemu beberapa lagi pemimpin dunia lain seiring UNGA78.
Dalam pada itu, Anwar melalui media sosial beliau memaklumkan turut menjemput Erdogan untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia sebelum hujung tahun ini.
"Besar harapan saya agar hubungan dua hala dan jalinan kerjasama Malaysia dan Turki yang telah sekian lama terjalin akan kekal utuh dalam semangat persahabatan yang mampu membawa manfaat kepada kedua-dua negara," katanya menerusi hantaran yang dikongsi di Facebook.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Sep 21 2023

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Recep Tayyip Erdogan turut menggariskan kebimbangan kemunculan bentuk perkauman baharu yang dicirikan oleh xenofobia, profil negatif dan stereotaip terhadap umat Islam. - Gambar BERNAMA

Petronas catat pendapatan rendah pada suku ketiga ketika purata harga direalisasi lemah
Perolehan menyusut kepada RM82.9 bilion daripada RM98.9 bilion tahun ke tahun, terutamanya berikutan purata harga direalisasi lebih rendah.
![[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan [LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701121817_Palestinianswalk.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Gaza di ambang bencana kemanusiaan
Dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Rang Undang-Undang Kawalan Produk Rokok tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Penggulungan dijadual dibuat Menteri Kesihatan sebelum diputuskan untuk kelulusan setelah RUU itu dibahas 26 Ahli Parlimen semalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 November 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzudin & Asyraf Roslan
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi

Wanita trauma termakan cebisan jari dalam salad
Wanita itu mendakwa dia mengunyah cebisan jari manusia yang telah dicampur bersama salad tersebut.

Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion angkara Binance
Plaintif meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.
Jiwa SME: Kesempatan dalam kesempitan melalui ternakan ayam penelur
Baka Hyline Brown boleh menghasilkan sehingga 340 biji telur setahun, memperoleh sokongan luas dan menawarkan penghantaran anak ayam untuk individu yang ingin memulakan penternakan sendiri.

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Malaysia-Turki zahir kebimbangan tindakan kebencian terhadap Islam
Anwar dan Erdogan garis kebimbangan kemunculan bentuk perkauman baharu yang dicirikan oleh xenofobia, profil negatif dan stereotaip terhadap umat Islam.

Perluasan FTA akan kukuhkan lagi hubungan perdagangan Malaysia-Turki
Erdogan menekankan pentingnya usaha mempertingkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan sedia ada di antara Malaysia dengan Turki, termasuk menerusi Malaysia-Turki FTA (MTFTA).