awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HDC nafi dakwaan tular pengagihan Rumah Sri Pertiwi

Bernama
Bernama
29/12/2025
10:31 MYT
HDC nafi dakwaan tular pengagihan Rumah Sri Pertiwi
Perbadanan itu memaklumkan setakat ini, projek Program Rumah Sri Pertiwi yang melibatkan HDC melalui kerjasama usaha sama masih pada peringkat pembinaan.
KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menegaskan dakwaan tular mengaitkan perbadanan itu dengan isu pengagihan, penyewaan atau penyalahgunaan rumah di bawah Program Rumah Sri Pertiwi sebagai tidak benar, tidak berasas dan mengelirukan orang awam.

Ringkasan AI
  • Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menafikan dakwaan mengenai isu pengagihan, penyewaan atau penyalahgunaan rumah di bawah Program Rumah Sri Pertiwi sebagai tidak benar dan mengelirukan orang awam.
  • Projek Program Rumah Sri Pertiwi yang melibatkan HDC masih dalam peringkat pembinaan dan merupakan inisiatif perumahan mampu milik kerajaan negeri Sarawak untuk golongan berpendapatan RM4,000 hingga RM10,000 sebulan.
  • HDC menegaskan bahawa pelaksanaan program tersebut terbuka untuk dibangunkan oleh pihak kerajaan atau sektor swasta, tertakluk kepada dasar serta kelulusan kerajaan negeri Sarawak, dan menggesa orang ramai untuk mendapatkan maklumat rasmi daripada HDC.

Seksyen Perhubungan Awam HDC dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini, projek Program Rumah Sri Pertiwi yang melibatkan HDC melalui kerjasama usaha sama masih pada peringkat pembinaan.
Program itu merupakan inisiatif perumahan mampu milik kerajaan negeri Sarawak yang disasarkan kepada golongan berpendapatan antara RM4,000 hingga RM10,000 sebulan.
"HDC menegaskan bahawa pelaksanaan Program Rumah Sri Pertiwi adalah terbuka untuk dibangunkan oleh pihak kerajaan atau sektor swasta tertakluk kepada dasar serta kelulusan kerajaan negeri Sarawak," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, tular di media sosial dakwaan pengagihan rumah tersebut tidak adil, khususnya kepada pembeli rumah pertama di negeri itu apabila terdapat individu yang membeli kediaman berkenaan untuk penyewaan.
HDC memaklumkan pihaknya memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih dan menggesa orang ramai menghentikan penyebaran dakwaan itu.
Orang awam dinasihatkan mendapatkan maklumat rasmi dengan menghubungi HDC melalui talian 082-444381 atau laman sesawang rasmi hdc.sarawak.gov.my.
-- BERNAMA



Topic Berkaitan
#HDC
#Program Rumah Sri Pertiwi
#Perbadanan Pembangunan Perumahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan