CYBERJAYA: Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ditemui pemberita selepas melancarkan hab operasi Turkish Aerospace Malaysia (TUSAS Malaysia Sdn Bhd) di sini hari ini beliau berkata LMS penting kerana ia merupakan salah satu kapal digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
"Insya-Allah kita sedang mengkaji perolehan LMS, adalah penting bagi negara untuk memilikinya (LMS). Kita sedang bincang dengan Turkiye," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan syarikat pembinaan kapal Turkiye, Turkiye Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) optimis untuk memeterai perjanjian membekalkan LMS kelompok kedua jenis korvet kelas-Ada kepada TLDM.
Pengurus Besar STM Ozgur Guleryuz berkata perbincangan dengan TLDM dan Kementerian Pertahanan mengenai perkara itu selama hampir dua tahun berjalan lancar setakat ini.
Ditanya jemputan Turkiye untuk Malaysia menjadi rakan kongsi dalam projek pembangunan pesawat pejuang generasi kelimanya iaitu KAAN, Mohamed Khaled berkata beliau percaya kedua-dua negara boleh meneroka kerjasama bukan sahaja dalam bentuk pesawat tetapi komponennya.
"Kita beruntung apabila Malaysia mempunyai TUSAS Malaysia Sdn Bhd sebagai rakan dan TUSAS kita tahu, dia ada macam-macam, dia hasilkan helikopter, jet pejuang, jet tempur, satelit dan ada macam-macam lagi. Kita percaya akan mampu untuk meneroka pelbagai bidang kerjasama," katanya.
Mengenai pembukaan Turkish Aerospace Malaysia, beliau berkata pembukaan hab berkenaan akan meningkatkan kemampuan dan keupayaan negara dalam bidang pembuatan serta teknologi aeroangkasa, dan hab berkenaan telah membuka peluang pekerjaan kepada 120 jurutera tempatan.
Mohamed Khaled turut memuji kesudian Turkiye untuk berkongsi teknologi dengan Malaysia dalam bidang pertahanan dan aeroangkasa, sekali gus mencerminkan hubungan istimewa antara kedua-dua negara.
"Kesediaan Turkiye memindahkan teknolgi kepada jurutera muda dengan beri peluang bekerja untuk tingkat kemahiran dalam bidang aeroangkasa... Kita harap usaha ini akan terus berkembang," katanya.
Turkish Aerospace adalah salah satu pemain industri yang dapat menyumbang untuk merealisasikan sasaran Pelan Tindakan Dasar Pertahanan Negara dan Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) 2055 atau dikenali sebagai CAP55 (Capability Development 55).
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Mohamed Khaled ditemui pemberita selepas melancarkan hab operasi Turkish Aerospace Malaysia (TUSAS Malaysia Sdn Bhd) di Cyberjaya hari ini. - Foto Bernama
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Malaysia, Turkiye bincang perolehan LMS - Khaled Nordin
Malaysia dan Turkiye sedang mengadakan perbincangan bagi memuktamadkan perolehan kapal misi pesisir (LMS).