awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/02/2025
07:30 MYT
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Kedua-dua pihak mengalu-alukan peningkatan interaksi peringkat tinggi di antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini, termasuk pertukaran di peringkat Kementerian. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Pertemuan empat mata di antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan di Bangunan Perdana Putra pada Selasa, menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun hubungan diplomatik ke-60 pada tahun lepas, akan meningkatkan mekanisma dialog di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (CPA) yang bermula pada 2017 dalam bidang-bidang keutamaan tertentu.
Antara bidang yang disentuh ialah hubungan diplomatik dan politik; pelaburan dan perdagangan; industri halal; pendidikan; kerjasama keselamatan dan pertahanan termasuk anti keganasan; alam sekitar; sains dan teknologi; serta kerjasama teknikal dan tenaga.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara melibatkan kementerian dan agensi.
Dalam sesi pertukaran tersebut, Malaysia diwakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Luar Negeri Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; serta pegawai kanan kerajaan dan agensi.
Dalam kenyataan tersebut, kedua-dua pihak mengalu-alukan peningkatan interaksi peringkat tinggi di antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini, termasuk pertukaran di peringkat Kementerian.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) di peringkat Kementerian Luar pada waktu yang sesuai, sebagai forum utama untuk menentu dan memantau agenda bilateral strategik, serta isu serantau dan antarabangsa.
Bagi mencerminkan komitmen Malaysia dan Turkiye untuk meningkatkan lagi kerjasama bilateral, kedua-dua pemimpin turut bersetuju untuk mewujudkan Majlis Strategik Peringkat Tinggi, yang perinciannya adalah berdasarkan persetujuan bersama.
Menyentuh mengenai perdagangan, kedua-dua pemimpin berkata, mereka mengiktiraf keberkesanan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang berkuat kuasa pada 2015, dan berpuas hati dengan pelebaran perjanjian pada 2024 untuk merangkumi perkhidmatan percagaran, pelaburan dan e-dagang.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk memberi sokongan penuh kepada kerjasama swasta yang lebih luas, serta peluang pelaburan.
Justeru mereka bedua mengalu-alukan kesediaan bersama untuk mewujudkan Majlis Perniagaan Bersama di antara Joint Business Council between the National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM) dan Foreign Economic Relations Board (Dış Ekonomik İlişkiler Kurulu - DEİK) of Türkiye untuk meneroka peluang baharu dalam bidang ekonomi mampan.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Anwar Ibrahim
#Turkiye
#Recep Tayyip Erdogan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan