awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Universiti Tshinghua setuju perkukuh kerjasama - PM

Bernama
Bernama
18/09/2023
16:24 MYT
Malaysia, Universiti Tshinghua setuju perkukuh kerjasama - PM
Presiden Universiti Tshinghua iaitu Wang Xiqin melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Universiti Tshinghua dari Beijing, China bersetuju memperkukuh kerjasama dengan Malaysia membabitkan pertukaran pelajar, ahli akademik dan pengkaji selain meluluk peluang mengadakan kajian secara bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu antara inti pati pertemuan Anwar dengan Presiden Universiti Tshinghua iaitu Wang Xiqin yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini.
"Universiti Tshinghua juga sedang merancang untuk mengadakan program bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun hadapan.
"Harapan saya agar kerjasama ini dapat diperluaskan sementelahan Universiti Tsinghua dikenali sebagai antara yang terkenal dan mendapat pengiktirafan antarabangsa berkaitan kajian akademik dan bidang pendidikan, khususnya melibatkan kejuruteraan, sains dan teknologi," menurut beliau dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Anwar berkata ketika ini, terdapat sejumlah 350 penuntut Malaysia melanjutkan pengajian di Universiti Tsinghua iaitu yang tertinggi dalam kalangan pelajar asing di universiti tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Universiti Tshinghua
#kerjasama
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan