awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran dan Israel lancar serangan baharu, Trump timbang penglibatan AS
DUNIA
Jepun rancang bawa keluar 90 rakyat dan ahli keluarga dari Iran melalui jalan darat
DUNIA
206 mangsa nahas pesawat Air India berjaya dikenal pasti melalui ujian DNA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Malaysia usaha kurangkan inflasi perubatan melalui inisiatif pembiayaan kesihatan RESET BNM

Bernama
Bernama
18/06/2025
13:03 MYT
Malaysia usaha kurangkan inflasi perubatan melalui inisiatif pembiayaan kesihatan RESET BNM
Abdul Rasheed berkata kadar inflasi perubatan Malaysia berada pada 15 peratus berbanding purata serantau sebanyak 11 peratus. - Bernama
KUALA LUMPUR: Masih terdapat ruang dan peluang untuk Malaysia mengurangkan inflasi perubatannya yang tinggi, salah satu yang tertinggi di Asia, melalui pembaharuan di bawah inisiatif pembiayaan kesihatan RESET Bank Negara Malaysia (BNM).
Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata kadar inflasi perubatan Malaysia berada pada 15 peratus berbanding purata serantau sebanyak 11 peratus, berdasarkan data daripada Aon International Insurance Brokers.
"Bagaimanapun, dengan pembaharuan dan kerjasama yang betul, isu ini boleh diatasi," katanya semasa sesi panel bertajuk "Rising Cost, Rising Stakes: Expediting Reforms to Address Medical Inflation", pada Simposium Sasana 2025, di sini hari ini.
Abdul Rasheed berkata inisiatif itu bukan semata-mata tindak balas kepada peningkatan kos, tetapi sebagai tetapan semula ekosistem yang lebih meluas melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk hospital, penyedia insurans, doktor dan pesakit.
Beliau menekankan bahawa laporan tahunan BNM sebelum ini telah mengetengahkan isu inflasi yang tinggi dan keperluan untuk melaksanakan pembaharuan.
"Pada Disember tahun lalu, kami memperkenalkan langkah-langkah baharu yang memberi ruang untuk kami menangani isu ini yang telah lama dihadapi.
"Dengan penglibatan Bank Dunia dan pelbagai entiti kerajaan, saya yakin pembaharuan kali ini akan dilaksanakan dengan berkesan," kata Abdul Rasheed.
Rangka kerja RESET bersandarkan lima teras strategik dan disokong oleh 11 kumpulan kerja yang berdedikasi, dan antara objektifnya adalah untuk mereka bentuk semula produk insurans kesihatan bagi menyokong perkhidmatan penjagaan kesihatan berasaskan nilai dengan lebih baik, meningkatkan ketersediaan alat bagi pengguna menilai dan memilih perlindungan yang sesuai, serta meningkatkan ketelusan harga, terutamanya dalam prosedur, ubat-ubatan dan bayaran hospital.
Gabenor itu berkata salah satu cabaran yang dihadapi oleh pesakit ialah perbezaan yang luas dalam kos rawatan, dengan sedikit ketelusan pada harga sebenar.
"Usaha juga sedang dijalankan untuk mewujudkan pangkalan data penjagaan kesihatan negara dengan menggabungkan maklumat daripada hospital, syarikat insurans, Kementerian Kesihatan dan universiti untuk memantau kos dan hasil penjagaan kesihatan dengan lebih baik," katanya.
Abdul Rasheed turut menekankan kepentingan sistem kesihatan digital dalam memastikan kesinambungan penjagaan, dengan mengambil contoh bahawa keputusan diagnostik seperti X-ray yang dijalankan di klinik penjagaan primer, harus boleh dipindahkan ke hospital bagi mengelakkan pertindihan yang tidak perlu dan langkah mengurangkan kos.
Inisiatif RESET katanya, juga sedang berusaha untuk melancarkan produk insurans kesihatan asas yang menawarkan perlindungan penting pada harga mampu milik.
"Reka bentuk produk ini dijangka siap menjelang separuh kedua tahun ini, dengan ujian perintis disasarkan untuk dijalankan menjelang tahun depan. Diharapkan kami dapat memuktamadkan ujian perintis sebelum akhir 2026, iaitu sebelum tamat tempoh langkah interim sedia ada," katanya.
Abdul Rasheed berkata matlamat RESET adalah untuk memastikan perlindungan untuk semua, membolehkan kemudahalihan insurans dan perlindungan yang lebih meluas, di samping memperkukuh perkhidmatan penjagaan primer dan pencegahan bagi meningkatkan hasil penjagaan kesihatan secara menyeluruh.
"Kami mahu memastikan perlindungan untuk semua dan prestasi sistem penjagaan kesihatan yang lebih baik, terutamanya di peringkat penjagaan primer dan pencegahan," katanya sambil menambah bahawa pendigitalan sepenuhnya ke atas perkhidmatan akan menjadi kunci untuk mengurangkan prosedur yang tidak perlu dan memaksimumkan keberkesanan perbelanjaan kesihatan.
Dengan pelaksanaan yang diselaraskan, inisiatif RESET dapat membawa penambahbaikan yang sudah lama ditunggu-tunggu dalam akses, kemampuan dan prestasi sistem penjagaan kesihatan Malaysia, kata Abdul Rasheed.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#inflasi perubatan
#inisiatif pembiayaan kesihatan
#ReSet
#BNM
#Abdul Rasheed Ghaffour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami