awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada calon STPM, teruskan usaha lakar kejayaan
DUNIA
Thailand tutup lintasan sempadan dengan Kemboja susulan pertikaian berterusan
DUNIA
Thailand muktamadkan rombakan Kabinet, saringan sedang dijalankan sebelum perkenan diraja - Paetongtarn
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Malaysia-Uzbekistan komited pertingkat kerjasama ekonomi, perdagangan

Bernama
Bernama
24/06/2025
02:20 MYT
Sponsor Banner
Malaysia-Uzbekistan komited pertingkat kerjasama ekonomi, perdagangan
Fadillah (kiri) berjabat tangan dengan Mirziyoyev ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Uzbekistan itu pada Isnin. - Gambar Bernama
TASHKENT: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Uzbekistan, Shavcat Mirziyoyev pada Isnin (waktu tempatan).
Pertemuan lebih sejam itu memberi fokus ke atas usaha meningkatkan hubungan dalam pelbagai bidang susulan lawatan Mirziyoyev ke Malaysia pada Februari 2025, kata kenyataan pejabat Presiden Uzbekistan itu.
Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai usaha memperluas jumlah dagangan serta menambah bilangan penerbangan bagi meningkatkan industri pelancongan Malaysia-Uzbekistan.
"Pertemuan itu turut memberi penekanan terhadap mempertingkat kerjasama ekonomi melalui projek kerjasama dalam sektor tenaga hijau, minyak, gas dan industri kimia serta elektronik dan pembuatan semikonduktor," kata kenyataan itu.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air mengetuai delegasi Malaysia dalam rangka lawatan rasmi ke Uzbekistan pada 21-24 Jun, 2025 sebelum meneruskan lawatan kerja ke Rusia sehingga 28 Jun ini.
Pada 2024, jumlah perdagangan antara Malaysia-Uzbekistan mencecah RM369.8 juta (AS$80.9 juta), sekali gus menjadikan Uzbekistan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Asia Tengah.
Imbangan dagangan pula berpihak kepada Malaysia dengan nilai mencecah RM360.3 juta (AS$78.9 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri
#Fadillah Yusof
#Lawatan kerja rasmi
#kunjungan hormat
#Presiden Uzbekistan
#Shavcat Mirziyoyev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami