MALAYSIA
Malaysia, Uzbekistan perkukuh kerjasama dalam bidang perundangan - Azalina

Malaysia dan Uzbekistan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang perundangan. - FB Azalina Othman Said
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Uzbekistan akan terus memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala dalam bidang perundangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Ringkasan AI
- Pemeterian MoU: Malaysia dan Uzbekistan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang perundangan, termasuk pertukaran undang-undang dan perkongsian pengalaman.
- Fokus kepada Reformasi Undang-Undang: MoU ini merangkumi pembinaan kapasiti, seperti program latihan, seminar, dan kajian lapangan bersama, serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem perundangan untuk meningkatkan akses kepada keadilan.
- Komitmen Uzbekistan terhadap ASEAN Law Forum 2025 Menteri Keadilan Uzbekistan, Akbar Tashkulov, menyatakan kesediaannya untuk menghadiri ASEAN Law Forum 2025, yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos, sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Beliau berkata MoU itu juga merangkumi pembinaan kapasiti seperti program latihan, seminar, persidangan dan kajian lapangan bersama; dan galakan hubungan profesional antara pegawai undang-undang kedua-dua negara.
"Dalam pertemuan tersebut, kami juga telah berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan dengan perundangan, terutamanya dalam hal agenda reformasi undang-undang dan institusi Kerajaan Madani yang disifatkan oleh pihak Uzbekistan sebagai langkah yang amat progresif.
"Perbincangan turut tertumpu kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem dan perkhidmatan undang-undang yang mampu mempertingkat akses kepada keadilan serta aspek timbang tara sebagai mekanisme penyelesaian pertikaian alternatif (ADR)," katanya.
Azalina berkata dalam pertemuan itu, Akbar turut menyatakan komitmennya untuk menghadiri ASEAN Law Forum 2025 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos depan, sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami