awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
TNB nasihat orang ramai waspada sindiket penipuan panggilan telefon
Iran utamakan diplomasi dalam penyelesaian isu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia–Belanda perkukuh kerjasama ekonomi strategik - Tengku Zafrul

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
06/09/2025
10:12 MYT
Malaysia–Belanda perkukuh kerjasama ekonomi strategik - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul optimis, usaha itu mampu membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia dan Belanda dalam pelbagai bidang strategik. - Foto FB Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Belanda bersepakat memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, khususnya dalam sektor berteknologi tinggi termasuk industri semikonduktor.

Ringkasan AI
  • Malaysia dan Belanda sepakat perkukuh hubungan ekonomi, khususnya dalam sektor teknologi tinggi termasuk industri semikonduktor.
  • Belanda telah laksanakan lebih 300 projek perkilangan di Malaysia bernilai AS$25 bilion, mewujudkan lebih 60,000 peluang pekerjaan.
  • Kerjasama akan diperluas kepada R&D dan teknologi masa depan, bagi meningkatkan daya saing industri dan membuka peluang strategik kepada kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, setakat ini Belanda telah melaksanakan lebih 300 projek perkilangan di Malaysia dengan nilai pelaburan mencecah AS$25 bilion.
Menurut beliau, pelaburan tersebut telah berjaya mewujudkan lebih 60,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
“Peluang itu khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik serta produk petroleum yang menjadi antara industri strategik negara,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Belanda, Vincent Karremans, di Putrajaya.
Zafrul menjelaskan, kedua-dua negara turut menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama dalam industri semikonduktor, memandangkan Malaysia dan Belanda mempunyai kepakaran yang kukuh dalam bidang tersebut.
“Selain itu, kami juga bersetuju untuk mempertingkat kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk melabur dalam teknologi masa depan yang akan memacu daya saing industri,” jelasnya.
Beliau optimis, usaha itu mampu membuka lebih banyak peluang kepada syarikat Malaysia dan Belanda dalam pelbagai bidang strategik.
“Insya-Allah, kerjasama erat ini akan memberi manfaat jangka panjang bukan sahaja kepada dunia perniagaan, malah kepada rakyat di kedua-dua negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Belanda
#pelaburan
#semikonduktor
#Tengku Zafrul
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan