awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Indonesia belum muktamad isu pembangunan bersama di Laut Sulawesi - Wisma Putra

Khalis Khadir
Khalis Khadir
05/08/2025
10:07 MYT
Malaysia-Indonesia belum muktamad isu pembangunan bersama di Laut Sulawesi - Wisma Putra
Wisma Putra memaklumkan, sebarang perbincangan berhubung perkara-perkara terbabit dilaksanakan melalui mekanisme diplomatik, berasaskan perundangan dan teknikal yang ditetapkan di bawah kerangka dua hala sedia ada. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang persetujuan dimuktamadkan antara Malaysia dan Indonesia berhubung kebarangkalian pembangunan bersama antara kedua-dua negara.

Ringkasan AI
  • Tiada persetujuan dimuktamadkan: Kementerian Luar Malaysia mengesahkan cadangan pembangunan bersama di Blok ND6 dan ND7 masih di peringkat awal dan belum mencapai persetujuan rasmi.
  • Malaysia teguh pertahan kedaulatan: Malaysia merujuk kawasan itu sebagai Laut Sulawesi, bukan "Ambalat", dan berpandukan Peta Baru 1979 serta keputusan ICJ 2002 yang mengiktiraf kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Sipadan dan Ligitan.
  • Rundingan melalui saluran diplomatik: Sebarang perbincangan dilakukan secara aman melalui mekanisme dua hala, dengan penglibatan Kerajaan Sabah bagi memastikan kepentingan wilayah dan negara terus terpelihara.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar (Wisma Putra) dan memaklumkan sebarang pembangunan bersama masih berada di peringkat perbincangan awal.
Dalam kenyataan pada Selasa, Malaysia kekal komited melindungi kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingannya selaras dengan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (KUUL 1982).
Katanya, sebarang perbincangan berhubung perkara-perkara di atas dilaksanakan melalui mekanisme diplomatik, berasaskan perundangan dan teknikal yang ditetapkan di bawah kerangka dua hala sedia ada.
“Malaysia merujuk kepada kawasan maritim yang merangkumi Blok ND6 dan ND7 yang terletak dalam Peta Baru Malaysia 1979 sebagai Laut Sulawesi dan bukan "Ambalat" seperti yang digunakan oleh Indonesia.
“Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2002 yang memutuskan kedaulatan Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Malaysia turut mengukuhkan lagi pendirian Malaysia ke atas kawasan maritim negara di Laut Sulawesi,” kata kenyataan itu.
Wisma Putra juga menegaskan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Sabah bagi memastikan kepentingan negara terus dipelihara.
“Perkara ini telah diperjelaskan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 5 Ogos 2025 bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Parlimen.
“Menteri Luar Negeri turut menegaskan bahawa penggunaan sebarang istilah mestilah tepat dan mencerminkan kedaulatan serta hak perundangan Malaysia ke atas kawasan berkenaan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Wisma Putra
#Laut Sulawesi
#Ambalat
#Malaysia
#Indonesia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan