awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan

Bernama
Bernama
07/02/2026
10:02 MYT
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Mohammed Taufiq penglibatan wanita dalam pelbagai acara sukan kini membanggakan dan menunjukkan semangat juang tinggi. - Gambar fail
SUNGAI PETANI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan bagi melahirkan barisan pelapis atlet wanita negara.
Menteri Belia dan Sukan Mohammed Taufiq Johari berkata penglibatan wanita dalam pelbagai acara sukan kini membanggakan dan menunjukkan semangat juang tinggi.
"Kita lihat ikon sukan yang membanggakan negara juga terdiri daripada wanita. Oleh itu, kita ingin menggalakkan lebih ramai wanita menyertai sukan, terutamanya di peringkat akar umbi," katanya selepas meninjau Kejohanan Milo All Girls Touch Rugby Series 2026 di Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.
Beliau berkata sukan menyatukan dan tidak seharusnya dibezakan mengikut jantina atau latar belakang.
"Kita boleh memperkasakan wanita dalam sukan, yang juga memupuk disiplin dan semangat berpasukan. Negara kini berada pada landasan baik dengan ramai pelapis wanita untuk mewakili negara. Kita akan bekerjasama dengan sekolah, institusi pengajian tinggi dan Majlis Sukan Negara bagi memastikan bakat mereka dibawa ke peringkat lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita
#sukan
#penglibatan wanita
#KBS
#peluang kerjaya
#Mohammed Taufiq Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan