awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malaysiakini boleh buat laporan jika rasa terancam dengan Jamal Yunos'

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
04/11/2016
04:18 MYT
'Malaysiakini boleh buat laporan jika rasa terancam dengan Jamal Yunos'
KHALID: Sebelum ini Jamal sudah menghamburkan bermacam-macam kenyataan tetapi tidak bertindak seperti yang dikatakan.
Syarikat portal atas talian Malaysiakini wajar membuat laporan polis jika mereka mengambil serius ancaman yang dibuat oleh pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Yunos untuk 'meruntuhkan' bangunan pejabat mereka.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum ini Jamal sudah menghamburkan bermacam-macam kenyataan tetapi tidak bertindak seperti yang dikatakan.
"Semua kenal dia (Jamal). Beliau sudah mengeluarkan pelbagai kenyataan tetapi tiada apa-apa yang berlaku.
"Namun, jika Malaysiakini rasa terancam, mereka boleh melaporkan perkara ini kepada polis," kata beliau dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam lawatannya ke pejabat Malaysiakini pada Khamis, Jamal telah membayangkan bangunan tersebut akan runtuh selepas menyatakan beliau akan membawa 20,000 pengikut untuk protes di sana pada Sabtu ini.
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#Jamal Yunos
#Jamal Yunus
#Khalid Abu Bakar
#Malaysiakini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan