Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menubuhkan pasukan petugas khas yang turut dianggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia bagi memantau salah guna kuasa dan rasuah pada pilihan raya umum ke-14.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pasukan petugas khas itu akan bertindak memantau kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1954.
"Kita akan memantau isu yang ditimbulkan mana-mana pihak yang menyatakan isu rasuah dan salah guna kuasa berlaku yang boleh dikuatkuasakan di bawah akta itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Sarawak melibatkan Razim Mohd Noor yang baharu dilantik ke jawatan itu dan Timbalan Pengarah SPRM Sarawak, Zulhairy Zaidel.
Mengulas perkembangan lain, Azam berkata, SPRM akan memanggil beberapa lagi syarikat untuk membantu siasatan skandal penjualan tanah di mukim Ijok, Selangor.
"Ketika ini siasatan kita menumpukan kepada lima syarikat dan mungkin ada tambahan beberapa syarikat lagi akan dipanggil bagi membantu siasatan. SPRM sedang mengkaji dokumen-dokumen yang diambil berkaitan penjualan tanah berkenaan," katanya.
Katanya, SPRM juga memerlukan masa untuk menyiasat kes itu memandangkan pihaknya sedang menjalankan siasatan forensik ke atas beberapa akaun milik syarikat bagi mengesan transaksi yang mencurigakan.
"Bagi membantu siasatan tersebut, akauntan syarikat serta pengarah daripada lima buat syarikat terbabit memang dipanggil untuk memberi kenyataan namun setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat," katanya.
Sementara itu, Azam berkata, siasatan terhadap dua individu yang ditahan kerana dipercayai menerima sejumlah wang bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi.
"Selepas selesai siasatan, kita akan serahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya lagi.
--BERNAMA
Bernama
Wed Mar 14 2018
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki (kanan) berbincang sesuatu dengan Pengarah SPRM Sarawak yang baharu, Razim Mohd Noor selepas majlis serah tugas Ketua Pengarah SPRM negeri di Kuching, hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
#MalaysiaMemilih: SPRM tubuh pasukan petugas khas pantau rasuah PRU14
SPRM akan menubuhkan pasukan petugas khas yang turut dianggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia bagi memantau salah guna kuasa pada PRU14.