awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Thailand sepakat atasi masalah banjir akibat limpahan air Sungai Golok - Ahmad Zahid

Firdaus Azil
Firdaus Azil
05/06/2025
08:57 MYT
Malaysia-Thailand sepakat atasi masalah banjir akibat limpahan air Sungai Golok - Ahmad Zahid
Isu impak limpahan air luar biasa di Sungai Golok, serta projek pembinaan Jambatan Kedua Rantau Panjang-Sungai Golok, antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Anutin Charnvirakul, kata TPM Ahmad Zahid.
GENEVA: Isu impak limpahan air luar biasa di Sungai Golok, serta projek pembinaan jambatan kedua Rantau Panjang-Sungai Golok, antara perkara yang dibangkitkan dalam pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Anutin Charnvirakul, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan mereka berdua di sela-sela persidangan Eight Session of the Global for Disaster Risk Reduction di Geneva, pada Khamis.
Ahmad Zahid berkata, situasi banjir besar di Rantau Panjang dan Tanah Merah pada hujung 2024 berlaku ekoran projek tebatan banjir yang telah siap di sebelah jajaran Thailand, yang disusuli dengan pelepasan air sehingga menyebabkan banjir besar dan kerosakan struktur benteng di sebelah jajaran Malaysia.
Akibat limpahan itu, beliau berkata, paras air di Kelantan telah meningkat melepasi paras normal.
“Sehubungan itu, bagi persediaan menempuhi Monsun Timur Laut yang diramal bermula November ini, saya telah mencadangkan agar sebarang pelepasan air dari empangan di Thailand dimaklumkan kepada pihak Malaysia sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari lebih awal.
"Ini bagi memastikan Malaysia mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan dan memberi amaran kepada penduduk yang terlibat, khususnya di sekitar lembangan Sungai Golok,” katanya lagi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bersyukur cadangan tersebut telah diterima dan dipersetujui oleh pihak Thailand, dan satu mekanisme pemakluman awal akan diwujudkan demi keselamatan dan kebajikan rakyat di kedua-dua negara.
Katanya lagi, ia merupakan langkah awal yang penting sebelum diperhalusi dengan tindakan susulan lain bagi memastikan kesiapsiagaan bencana dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.
Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, beliau menyambut baik pemeteraian perjanjian bagi projek Pembinaan Jambatan Kedua Rantau Panjang-Sungai Golok serta perancangan untuk melaksanakan kerja-kerja mendalamkan muara Sungai Golok dan pembinaan benteng sungai yang dijadualkan bermula Oktober tahun ini.
“Saya percaya, segala langkah yang dipersetujui hari ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan bencana dan keselamatan sempadan. Semoga hubungan erat Malaysia-Thailand terus diperkukuh demi manfaat bersama rakyat kedua-dua negara,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#banjir kelantan
#Sungai Golok
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan