KUALA LUMPUR: Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila kini timbul gesaan supaya presidennya Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan jawatan selepas enam tahun menerajui badan induk itu.
Gesaan tersebut hadir bersama dakwaan prestasi Hamidin sebagai presiden tidak begitu memuaskan, selain turut mengaitkan perihal semasa landskap bola sepak negara dan kedudukan ranking Harimau Malaya dengan cara kepimpinan figura berusia 58 tahun itu.
Namun, persoalannya adakah benar Hamidin gagal memacu FAM ke tahap lebih baik sejak menjadi presiden pada 2018 dan bolehkah segala permasalahan yang berlaku di peringkat domestik dan soal kedudukan ranking pasukan negara diletakkan di bahu beliau 100 peratus?.
Berdasarkan rekod, terdapat perubahan signifikan yang digerakkan Hamidin antaranya melancarkan Peta Hala Tuju FAM F:30, yang merupakan perancangan jangka panjang bagi tempoh 12 tahun dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai lima negara terbaik Asia menjelang 2030.
Selain itu, FAM turut memperkenalkan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE) di samping melancarkan DNA Bola Sepak Malaysia, piagam akar umbi Suparimau dan pelbagai inisiatif lain bagi mengerakkan FAM dan ahli-ahli gabungannya.
Di bawah era beliau juga, FAM sedang melakukan projek besar bagi meningkatkan lagi tahap bola sepak Malaysia, iaitu pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan dan Ibu Pejabat baharu FAM masing-masing di Putrajaya.
Pada masa sama, sepanjang enam tahun mentadbir FAM, ranking dunia Harimau Malaya meningkat dari tangga ke-171 ke posisi ke-130 pada tahun lalu, sekali gus menjadi kedudukan terbaik Malaysia dalam tempoh 17 tahun sejak menghuni tempat ke-127 pada Mei 2006.
Kedudukan ranking dunia terkini Malaysia ialah di posisi ke-138, selepas tewas dua kali kepada Oman pada peringkat kumpulan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan lepas.
Dalam usaha memperkasakan Harimau Malaya, Hamidin mengambil inisiatif melantik jurulatih asing yang mempunyai latar belakang memberangsangkan, iaitu Kim Pan Gon dari Korea Selatan dan jurulatih dari Sepanyol Juan Torres Garrido, masing-masing bagi skuad senior dan Bawah 23 Tahun (B-23) lelaki negara.
Hasilnya, Malaysia layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun dan berjaya mengikat antara pasukan gergasi Korea Selatan 3-3, pada aksi peringkat kumpulan pertandingan bola sepak terulung Asia itu di Doha, Qatar, awal tahun ini, namun akhirnya terkandas di peringkat kumpulan.
Skuad B-23 negara juga berjaya layak ke Piala Asia B-23 bagi dua edisi berturut-turut sejak 2022, selepas membuat debut pada edisi 2018.
Pasukan-pasukan kebangsaan yang lain turut diberi perhatian sama apabila jurulatih wanita dari Jordan Soleen Al-Zoubi, dilantik mengemudi skuad wanita kebangsaan dan skuad futsal negara mendapat sentuhan jurulatih dari Thailand Rakphol Sainetngam.
Dalam pada itu, Hamidin juga mempunyai kelebihan dalam membantu meletakkan Malaysia di pentas bola sepak antarabangsa, apabila memenangi pemilihan Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal 2023-2027.
Beliau juga merupakan seorang daripada Ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kewangan AFC.
Bagi pemerhati sukan tempatan Datuk Dr Pekan Ramli, beliau berpendapat tidak adil untuk menggesa Hamidin meletakkan jawatan semata-mata disebabkan penyebaran 'surat layang' yang membangkitkan isu kepimpinan dan pengurusan FAM itu.
"Isu 'surat layang' ini belum dibuktikan (kebenarannya), masih berada dalam proses siasatan dan belum ada apa-apa tuduhan yang memerlukan beliau (Hamidin) ke mahkamah. Jadi kalau desakan supaya meletakkan jawatan itu kerana 'surat layang' saya rasa tidak adil untuk beliau," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata hanya ahli-ahli gabungan FAM mempunyai hak untuk meminta presiden meletakkan jawatan ataupun 'direhatkan' sepanjang proses siasatan dilakukan menerusi mesyuarat agung luar biasa (EGM).
"Dalam EGM itu mereka (ahli-ahli gabungan) juga boleh menamakan seseorang yang dirasakan mampu untuk memangku tugas presiden," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) Datuk Ong Kim Swee berpandangan FAM masih memerlukan Hamidin sebagai presiden berdasarkan hasil kerja dan kelebihan yang dimilikinya.
"Apa jadi kalau beliau letak jawatan sebagai Presiden FAM sekarang? Sudah tentu satu kerugian besar kerana beliau Ahli Majlis FIFA sehingga 2027. Apa guna kita ada beliau masih sebagai Ahli Majlis FIFA tetapi FAM pula diterajui individu lain yang tiada pengaruh di peringkat FIFA mahupun AFC?," katanya.
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya itu turut tidak bersetuju permasalahan tunggakan gaji pemain pasukan Liga Malaysia diletakkan sepenuhnya di bahu Hamidin kerana FAM bukan lagi badan bertanggungjawab yang mengedalikan saingan liga, selain kelab sudah melalui proses penswastaan.
Apa yang berlaku baru-baru ini ternyata memberi impak buat FAM dan dikatakan sebagai wake-up call buat kepimpinan Hamidin untuk memperkemaskan semula tadbir urus pada masa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Apa yang berlaku baru-baru ini ternyata memberi impak buat FAM dan dikatakan sebagai 'wake-up call' buat kepimpinan Hamidin untuk memperkemaskan semula tadbir urus pada masa depan. - Gambar fail/BERNAMA
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).