PETALING JAYA: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar arahan dikeluarkan kepada Netflix untuk menurunkan serta melarang tayangan dokumentari Man on the Run.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini memandangkan perkara itu melibatkan kes mahkamah yang masih berjalan.
"Ada beberapa pandangan awal yang telah disampaikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) tetapi saya rasa ia perlu diberikan beberapa pertimbangan yang berlandaskan undang-undang kerana ia melibatkan kes mahkamah.
"Jadi saya akan adakan pertemuan dalam masa terdekat dengan MCMC terutamanya bagi meneliti aspek perundangan sebelum kita boleh buat pengumuman lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran seni seramik Raaqoo Life Magnified-The Main Show oleh Adil Ghani di sini hari ini.
Baru-baru ini, peguam Najib memohon supaya kerajaan mengarahkan perkhidmatan aplikasi penstriman itu supaya menurunkan serta melarang tayangan dokumentari tersebut yang mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata beliau akan berbincang dengan Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) untuk mengenal pasti seniman tempatan yang boleh diketengah untuk mengeluarkan hasil seni istimewa dan boleh dijadikan cenderahati rasmi untuk kegunaan kerajaan.
"Sebelum ini, kita ada beberapa cenderahati yang mungkin kita biasa gunakan tapi untuk tahun ini, mungkin saya minta pasukan di kementerian pertimbang mengapa kita tidak cari seniman tempatan untuk kita hasilkan beberapa cenderahati khas untuk acara yang istimewa.
"Saya akan bincang dengan MyCreative yang banyak membantu seniman tempatan bagaimana kita boleh usahakan cenderahati seperti ini. Ini antara lain sebagai tanda sokongan (kepada seniman tempatan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini memandangkan perkara itu melibatkan kes mahkamah yang masih berjalan. - Gambar fail/BERNAMA
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.