KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan penggunaan vaksinasi dos pengalak Pfier-BioNTech atau AstraZaneca untuk COVID-19, namun mana-mana vaksin penggalak adalah lebih baik daripada tidak mengambilnya," kata Menterinya Khairy Jamaluddin hari ini.
Dalam ciapan di akaun Twitternya beliau berkata walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca untuk memberi tambahan perlindungan yang terbaik, ada masyarakat yang masih meminta pilihan.
"Tetapi mengambilnya adalah lebih baik daripada tidak mengambilnya," katanya sambil berkongsikan kenyataan dikeluarkan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd hari ini, yang menyatakan vaksin SINOVAC akan ada di semua pusat vaksinasi Offsite (PPV Offsite) di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK) secara percuma bermula Isnin 14 Feb.
Mengikut kenyataan ProtechHealth itu, mereka yang layak untuk mendapatkan dos penggalak dan mahu mendapatkan vaksin jenis Sinovac boleh melihat kepada senarai PPV Offsite di laman sesawang ProtectHealth: www.protocthealth.com.my.
"Bagaimanapun KKM masih menyarankan dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac, kerana ia menawarkan perlindungan yang lebih tinggi," menurut kenyataan ProtechHealth itu.
Sebelum ini Khairy berkata penerima vaksin dos primer Sinovac kini boleh memilih jenis vaksin yang sama untuk dos penggalak mereka. Keputusan itu disebabkan keengganan penerima vaksin Sinovac untuk mengambil dos penggalak dari jenis yang berbeza, seperti Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca.
Khairy juga dilaporkan sebagai berkata terdapat 3.5 juta penerima dos primer Sinovac yang masih belum menerima dos penggalak mereka, dan KKM akan mengeluarkan janji temu untuk mereka.
Sementara itu dalam satu ciapan berasingan pagi ini, Khairy merakamkan ucapan tahniah kepada Sarawak dan Melaka, kerana peratusan tinggi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
"Tahniah kepada Sarawak dan Melaka, kerana laju memberi perlindungan kepada kanak-kanak. Terima kasih kerana memastikan anak-anak anda selamat dari COVID-19," katanya.
Info grafik bersama ciapan tersebut menunjukkan 7.7 peratus kanak-kanak di Sarawak dan 6.0 peratus kanak-kanak di Melaka, sudah mendapat suntikan vaksin COVID-19 setakat Jumaat 11 Feb.
Ini diikuti Lembah Klang dengan 5.8 peratus, Negeri Sembilan (3.3), Perlis (2.2), Labuan (1.8), Sabah (1.5), Kedah (1.2). Perak (0.6), Terengganu (0.5) dan Pulau Pinang (0.4).
Dua negeri dengan peratusan terendah vaksinasi untuk kanak-kanak ialah Johor dan Pahang, yang masing-masing mencatatkan kadar liputan vaksinasi PICKids 0.1 peratus sementara di Kelantan peratusannya adalah 0.
Berdasakan infografik yang sama, kategori umur kanak-kanak yang paling banyak mendapatkan vaksinasi COVID-19 ialah 10 dan 11 tahun.
Kadar vaksinasi PICKids dilihat mula menunjukkan trend peningkatan sejak 9 Feb sehingga semalam, dengan 97,975 kanak-kanak sudah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022
Kata Khairy, walaupun KKM menyarankan dos penggalak Pfizer atau AstraZeneca untuk memberi tambahan perlindungan yang terbaik, ada masyarakat yang masih meminta pilihan. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.