awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang

Bernama
Bernama
23/03/2023
09:43 MYT
Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang
Situasi banjir di daerah ini semakin menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 444 orang pada 4 petang ini berbanding 967 orang yang direkodkan pagi tadi. - Gambar fail/BERNAMA
BATU PAHAT: Situasi banjir di daerah ini semakin menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa terus menurun kepada 444 orang pada 4 petang ini berbanding 967 orang yang direkodkan pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan hanya tinggal lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi dengan menempatkan 124 keluarga.
Menurut kenyataan itu tiga PPS telah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Kota Yong Peng, SK Seri Aman dan PDK Seri Medan.
Melalui pemerhatian Bernama pula, banjir di beberapa kawasan semakin surut terutamanya di Kampung Parit Warijo, Sri Medan, di sini yang merupakan antara kawasan terjejas teruk.
Namun, JPBN memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran dengan ketinggian 19.01 meter, pada petang ini.
Cuaca dijangkakan hujan di Muar, mendung di Batu Pahat dan Tangkak, manakala lain-lain daerah dilaporkan cerah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir Batu Pahat
#PPS
#banjir johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan