Skip to main content

Malaysia

Mangsa banjir di dua negeri terus berkurangan

81703947334_TBPPSBanjir.jpg
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di dua negeri iaitu Kelantan dan Pahang terus catat penurunan.

Sehingga 6 pagi Rabu, hanya 48 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan data di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan pemulihan dengan hanya 26 mangsa ditempatkan satu PPS.

Di Pahang pula, bilangan mangsa banjir berkurangan kepada 22 orang berlindung di dua PPS di Mmaran.

Banjir di Johor pulih apabila kesemua PPS yang dibuka sebelum ini ditutup.






Advertisement

Must Watch Video